Tuesday, July 15, 2008

KARNIVAL ZOOM DESARU SEAFOOD NITE 2008

PAGI


















MALAM
















Dalam Karnival Zoom! Desaru 2008 di Tanjung Balau pada 12 Julai lalu, sebanyak RM200,000 telah disediakan bagi menyediakan tiga tan metrik tujuh jenis ikan, iaitu cencaru, kerapu, kembung, tenggiri, selar, siakap,udang karang,ketam dan bawal untuk dibakar kepada orang ramai.“Selain itu, beberapa tempat ‘steamboat’ udang dan sotong, nasi lemak dan sate sebagai makanan tambahan kepada pengunjung,” Dianggarkan, kira-kira 5,000 tiket berharga RM5 setiap satu habis dijual dengan kehadiran 15,000 orang pada majlis bersejarah itu.Selain acara utama iaitu menikmati ikan bakar pihaknya menyediakan 33 gerai membabitkan penyertaan 33 kampung di kawasan sekitar Parlimen Pengerang.Pembabitan semua wakil kampung bagi membolehkan semua pihak mempromosikan barangan yang dihasilkan di kampung masing-masing kepada orang luar yang berkunjung sempena karnival itu.Karnival itu mencapai sasaran mencipta rekod baru ikan bakar terpanjang di negara ini, apabila mencatat ikan bakar sepanjang 450 meter yang diiktiraf wakil Malaysia Book of Records.
Karnival ini telah dirasmikan oleh Menteri Pelancongan Malaysia, YB Datuk Azalina Othman Said