Showing posts with label IsLaM (ad-Din). Show all posts
Showing posts with label IsLaM (ad-Din). Show all posts

Wednesday, August 13, 2008

KASIH IBU TIDAK TERNILAI...

Ciri2 IBU sejati

Kasih sayangnya menyerlah
Ibu yang sejati di dalam Islam akan memberi kasih sayang bukan saja dalam bentuk belaian dan kemanjaan tapi didikan. Di samping keperluan fizikal anaknya dipenuhi, keperluan rohani turut diisi. Kerana tingginya kasih sayang ibu ini, dia mengharapkan kejayaan yang berkekalan buat anaknya. Justeru, anak itu dididik dan dibentuk peribadinya mengikut kehendak Allah supaya terjamin masa depannya di dunia dan di akhirat.

Prihatin dan ambil berat
Kadangkala bagi anak yang dewasa, ibu masih prihatin, mengambil berat dan mengambil tahu mengenai anaknya.

Halus perasaan
Ibu yang sejati dapat membaca pergolakan jiwa anaknya hanya dengan melihat air muka dan tingkah laku si anak. Perasaannya terhadap anaknya begitu halus. Sejak kecil anak itu di bawah pengawasannya membuatkan ibu arif dengan ‘bahasa badan’ anaknya.

Suka beri nasihat
Sifat seorang ibu sejati memang suka dan sentiasa memberi nasihat kepada anaknya. Oleh itu, dia selalu menjadi kaun selor dan tempat rujuk anak-anaknya. Sifat suka memberi nasihat ini didorong oleh keinginan melihat anaknya mendapat yang terbaik dalam hidup.

Sangat sabar dan berlapang dada
Daripada wajah seorang ibu, sudah dapat dibaca sifat sabar dan lapang dadanya. Bukan dia tidak pernah marah tapi dia pandai dan mampu mengawal perasaan. Seorang ibu tidak pernah menunjuk rasa tidak senang atau marah walaupun ada antara anak-anak pernah menyinggung perasaannya. Itulah ibu sejati.

Lembut tetapi tegas
Wataknya boleh disesuaikan iaitu ada ketika dia berlembut dan pada ketika yang lain, dia perlu tegas dan tidak boleh memberi muka.Namun ketika tegas, sifat kelembutannya masih terjaga. Dia tegas bila membabitkan soal disiplin, peraturan atau perintah Allah, tapi wataknya yang lembut tidak pula bertukar keras dan kasar.

Suka meraikan
Walaupun anak-anak besar dan masing-masing berkeluarga, seorang ibu yang tinggi sifat keibuannya masih suka meraikan serta melayan keinginan anaknya. Apabila anak pulang bercuti misalnya, dia akan turun ke dapur menyediakan makanan kegemaran si anak. Jika anak-anak ramai, dia akan memberi perhatian pada setiap anak. Dia mahu anak-anaknya selesa dan memenuhi keperluan mereka sehinggakan dia sering mendahulukan keperluan serta keinginan anak-anak daripada keperluan dan kein ginannya sendiri. Malah, dia sanggup mengorbankan keinginannya sema ta-mata untuk memberi yang terbaik kepada anak-anak.

Tidak pilih kasih
Tidak ada di kalangan anak-anak yang berasa dirinya kurang disayangi. Selain anak-anak sendiri, sifat menyamaratakan kasih sayang ini dapat dilihat pada layanannya kepada anak orang lain. Menerusi kekuatan sifat keibuannya, seorang ibu dapat membentuk dan mencorak anak-anak di rumah, mencorak anak-anak didiknya di sekolah jika dia seorang guru atau membentuk ‘anak-anak’ di pejabat jika dia seorang ketua pejabat. Tiada suatu formula ideal membentuk anak-anak cemerlang kerana setiap anak itu memiliki keistimewaannya tersendiri yang dianugerahkan Allah.

Friday, July 25, 2008

PINTU DAN HALANGAN

15 Pintu syaitan Yang Ada Di Dalam Diri Kita

- Pintu marah
- Cinta dunia
- Kebodohan(keengganan menghadiri majlis ilmu)
- Panjang angan-angan
- Rakus
- Bakhil
- Suka pada pujian
- Riak
- Uujub (merasa kagum)
- Takut dan gelisah
- Buruk sangka
- Memandang rendah pada orang lain
- Merasa suka pada dosa
- Merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
- Putus asa daripada rahmat "ALLAH"

15 Senjata Menghalang Syaitan

- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
- Banyakkan bezikir
- Banyakan Beristigfar
- Baca "la i' la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min"
- Jangan tidur berseorangan
- Baca doa pagi dan petang
- Bersugi
- Melaksanakan solat jemaah
- Berwudhuk sebelum tidur
- Menutup aurat
- Membaca doa masuk tandas.
- Banyak berselawat pada hati
- Bertaubat, beristighfar
- Banyakan baca Al-Quran
- Membaca surh Yassin setiap pagi

Rumah Yang Tidak Dimasuki Syaitan

- Rumah yang bersih
- Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah
- Sentiasa berzikir(ahli rumah menegakkan solat)
- Panghuninya jujur dan memenuhi janji
- Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya halal)
- Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)
- Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa.

Wednesday, July 2, 2008

PETUA MENGASIHI ISTERI

1. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin menyatakan "I Love You".

2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.

3. Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.

4. Tolong terbalikkan stokin atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci. Tolong buang sampah tanpa disuruh.

5. Bila keluar out station, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat sampai.

6. Tunjukkan kepimpinan yang baik, suami adalah ketua rumahtangga dan pendidik.

7. Berdiskusi dari semasa ke semasa, jangan ketepikan pendapat isteri.

8. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

9. Sokong pendapat isteri sekiranya beliau bertentangan dengan pendapat orang lain, tetapi hendaklah secara rational bukannya mengiyakan semuanya...... sekiranya pendapat isteri anda salah.... betulkan.

10. Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa ke semasa.

11. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

12. Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah isteri.

13. Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkan beliau jauh bila berjalan..

14. Bila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.

15. Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali-sekala.

16. Bila makan diluar, jangan harapkan isteri sahaja yang memilih tempat untuk makan.

17. Sabar bila isteri terlambat sedikit atau dengan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.

18. Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain dikhalayak ramai.

19. Lebihkan isteri anda dari anak-anak.

20. Belikan hadiah kecil dari semasa kesemasa seperti minyak wangi dan jam,Kad-kad ucapan juga dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dengan isteri.

21. Bila Hari Raya tiba nanti jangan hanya bagi 'angpau' kepada anak-anaksahaja . Tetapi bagilah juga kepada isteri anda. Tak kira lah berapa jumlahnya dan tak kisahlah samada dia bekerja atau surirumah tangga sahaja. Anda pasti seronok lihat isteri gembira.

22. Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai-itulah perempuan.

23. Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada dizaman sekarang. Seringlah menelefon atau menghantar e mail untuk bertanyakan khabar atau paling minima mengucapkan 'Hai' untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu.Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.

24. Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat mereka,sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam dirikamu dan diperlukan.

25. Jangan kamu ambil remeh temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting,contohnya hari ulangtahun. Apa salahnya buat 'surprise' sekali sekala kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan yang kamu betul-betul menyayanginya.

26. Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu. Inilah masanya untuk kamu menonjolkan ke'macho'an kamu!

27. Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan.Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu disisi mereka.

28. Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian.

29. Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Jangan kamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan.

30. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah perempuan tidak suka menyatakan secara terus terang tentang apa yang mereka inginkan,kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh 'cerita orang lain' kepada kamu. Jadi kamu kenalah peka dan gunakan kepakaran kamu untuk memenangi hati mereka.

31. Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar.. lahirlah sifatamarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati. Mereka akan'meletup' pada suatu hari. TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi amat penting. Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah 'sejuk'. Mungkin kamu juga boleh 'cool'kan diri kamu dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka cemburu... itu kerana mereka SAYANGkan kamu!

PETUA MENDIDIK ANAK

Menurut Pakar Motivasi Dr Hasan Hj Mohd Ali, terdapat 40 kesilapan ibubapa dalam mendidik anak-anak. Iaitu;

1) Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.

2) Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.

3) Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.

4) Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak.

5) Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disaji untuk anak-anak.

6) Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.

7) Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan.

8 ) Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak.

9) Kurang melahirkan kasih sayang.

10) Sering mengeluh di hadapan anak-anak.

11) Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi & pulang dari sekolah.

12) Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.

13) Tidak memberatkan pendidikan agama dikalangan anak-anak.

14) Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.

15) Tidak programkan masa rehat dan riadah anak-anak.

16) Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca.

17) Mengizinkan anak menjamah makanan @ minuman yang tidak halal.

18) Tidak tunjuk contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak.

19) Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak.

20) Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dan anak-anak.

21) Tidak menggunakan bahasa yang betul.

22) Suka bertengkar di hadapan anak-anak.

23) Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak.

24) Tidak Membimbing Anak-anak supaya mematuhi syarat.

25) Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak.

26) Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak.

27) Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.

28) Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak.

29) Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak.

30) Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.

31) Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.

32) Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.

33) Kerap Meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak.

34) Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

35) Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.

36) Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.

37) Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman keatas anak-anak.

38) Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak.

39) Tidak tegas mendidik anak-anak.

40) Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama.

Teknik mengajar anak MENGHORMATI and mengeratkan hubungan ibu bapanya

1. Jika si ibu marahkan anak, bapa DILARANG backing anak semasa anak itu dimarahi. Begitulah sebaliknya. Jika tidak, anak akan hilang rasa hormat terhadap ibu/bapa yg memarahi. Anak mencontohi apa yg diajar/dididik oleh ibu bapanya. Apabila berlaku percanggahan arahan/undang2, anak akan menjadi keliru arahan/undang2 siapakah yg patut dipatuhi. Si ibu atau sibapa. Apabila berlaku pertentangan pendapat yg terang2 ditunjukkan ibubapa ke atas anak ketika dimarahi, ia telah menjatuhkan MARUAH dan MARTABAT org yg memarahi (ibu/bapa). Anak hilang rasa hormat dan merasakan perbuatan nakal mereka adalah betul belaka kerana ada yg backing.

2. Bapa DILARANG menengking/mengherdik/bertengkar Ibu di hadapan anak2.Begitulah sebaliknya. Anak mencontohi tindak tanduk ibu bapa. Satu rutin putaran kehidupan akan kembali dilakukan oleh anak ke atas ibu yg sering ditengking oleh bapa di hadapan anak2.

3. Sentiasa masak utk anak dan ajak anak sama2 masak/makan, makanan hasil tangan ibu ini dapat mengeratkan hubungan rohani anak dan ibu.

4. Ibu bapa MESTI makan bersama anak-anak

PERKARA-PERKARA YANG TAK DISUKAI ISTERI...

1) Bangun tidur kena kejut 2-3 kali - kalau lambat kita yang kena marah....

2) Suka letak barang merata-rata

3) Tak pandai basuh pinggan ( pandai makan aje)

4) Sebelum kawin pandai iron baju lepas kawin semua dah tak pandai (malas)-
Kena bertolak ansur sebab isteri kadang2 penat menjaga anak dan rumah.

5) Tak pernah menghargai kasih sayang isteri.
Jgn sebelum kawin aje romantik lepas kawin semua lupa.
Kadang2 isteri memerlukan kasih sayangdan belaian dari seorang suami.
Walaupun hanya sebuah kucupan di dahi cukup membuat hati siisteri bahagia.

6) Kepada kaum suami tolonglah mengingat hari2 yang bermakna buat kamu berdua. Seperti
tarikh perkhawinan, hari lahir anak atau isteri. Walaupunhanya seungkap kata. Gembira
rasanya siisteri apabila sisuami mengingatihari2 mereka, bukannye nak meminta hadiah ,
tetapi sekadar ungkapan....

7) Jgn kedekut................

8 ) Kalau nak isteri cantik, bagi dorongan, kuatkan semangat hulurkan bantuan kewangan untuk
mendapat hasil yang si suami inginkan....

9) Jgn berat tulang, rajinlah tolong isteri dirumah, memasak dan mengemas..

10) Suka melepas merata-rata tempat (melepaskan gas)

11) Tak suka bila sisuami mula meninggikan suara (menengking)

12) Benci bila mula menaikkan tangan dan kaki ( Perkara nie walau pun jarang dibuat tetapi
sekali terlepas akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada si isteri oleh itu jgn
sesekali buat macam nie kat isteri)

Rasanye banyak lagi yang benda si isteri tak suka suami buat.. tapi setakat nie aje yang teringat.. Oleh itu sayangi isteri anda semua... itu adalah amanat dan tanggungjawab yang telah diberikan. Sekali akad dilafazkan,sekali tanggungjawab digalas. Isteri kurnian Ilahi jaga betol2 dan sayangi dia... Adios

Sumber : Tuan PG

10 SITUASI LELAKI YG HARUS WANITA FAHAMI

1. Bila si dia sibuk
Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.

2. Bila si dia ego
Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.

3. Bila si dia romantik
Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masadepan bersama.

4. Bila si dia panas baran
Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.

5. Bila si dia penat
Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan.

6. Bila si dia pentingkan diri sendiri
Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertoleransi antara satu sama lain.

7. Bila si dia mengongkong
Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.

8. Bila si dia selamba
Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yg selamba ini selalunya ingin kita yg memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.

9. Bila si dia curang
Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.

10. Bila si dia lurus bendul
Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya.Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampumembuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat.

Sumber : Tuan PG

Monday, June 30, 2008

PILIH PASANGAN IKUT SYARIAT

Nabi Muhammad s.a.w ada memberikan penekanan kepada sesiapa yang ingin berkahwin agar memilih pasangan yang beragama.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Perempuan dikahwini atas empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, ke cantikannya dan agamanya. Pilihlah perempuan yang ber agama, nescaya kamu akan diberkati Allah.” (Riwayat Bu khari, Muslim dan lain-lain)

Rasulullah s.a.w menasihati keluarga anak gadis supaya menyegerakan perkahwinan apabila dilamar calon suami daripada kalangan yang beragama dan berakhlak, malah berkemampuan memenuhi hak isteri dan anak.

Sabda baginda bermaksud: “Apabila kamu didatangi sesiapa yang kamu boleh menerima agamanya dan akhlaknya, kamu mesti membenarkannya mengahwini anak perempuan kamu. Jika kamu tidak berbuat demikian, nescaya satu fitnah besar akan berlaku di bumi serta menjadi keburukan dan kerosakan yang berleluasa.”

Fitnah akan menimpa maruah agama dan umat Islam, jika seorang pemudi beriman terperangkap dengan suami yang tidak beriman, tiada pegangan akidah, tidak bertakwa dan tiada kesedaran.

Pasangan suami isteri yang ideal juga bermula dengan keturunan yang baik-baik dan kerana itu Islam menasihati umatnya memberikan keutamaan kepada keturunan yang baik.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Jangan dekati tum buhan hijau di tempat kotor. Lalu bertanyalah kalangan pendengar kepada Rasulullah. Apa dia tumbuhan hijau di tempat kotor wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Pe rempuan cantik yang membesar di rumah yang penuh kejahatan serta keburukan.” (Riwayat ad-Dar al-Qutni, al-As kari dan Ibnu 'Adi)

Bagi lelaki, jangan kerana senyuman seorang gadis yang menawan, rupa yang cantik dan bentuk badan yang menarik membuatkan seseorang tidak berfikir panjang, malah terus melupakan kriteria ditegaskan Rasulullah secara berkias itu.Calon pasangan suami isteri juga seeloknya bukan daripada kaum kerabat keluarga bagi memelihara kecerdikan zuriat dan menghindari penyakit atau kecacatan disebabkan ke turunan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Janganlah menikah dengan kaum kerabat, kerana anak daripada pernikahan itu akan membesar kurus, lemah tubuh badannya dan tidak cerdik.”

Sabda Baginda lagi: “Berkahwinlah dengan orang asing (tidak mempunyai tali persaudaraan) dan janganlah me ngahwini kaum kerabat sendiri supaya boleh mengelak kelahiran anak yang lemah dan tidak sihat.”

Bagi lelaki, Islam juga menasihati supaya mengutamakan wanita yang masih dara.Bagi wanita yang pernah berkahwin kemungkinan ada penilaian lain pada suaminya, seperti membuat perbandingan antara suami dan bekas suaminya yang dulu.

Dalam hadis diriwayatkan Ibnu Majah dan al-Baihaqi, maksudnya: “Kahwinlah anak dara sesungguhnya mereka ini selalu berkata dengan baik, lemah lembut, kemungkinan kesuburan mereka amat besar (mendapat anak), kurang tipu helah mereka (jujur) dan mudah reda dengan yang sedikit.”

Aspek kesuburan juga elok diberikan keutamaan dalam memilih pasangan.Tanda kesuburan ini boleh juga diperhatikan keadaan ibu dan adik-beradiknya yang sudah berkahwin. Jika keluarganya besar, ramai ahli keluarga, besar kemungkinan dia begitu juga.

Dalam hubungan ini ada seorang lelaki bertanya Rasulullah s.a.w bermaksud: “Wahai Rasulullah saya jatuh cinta dengan seorang perempuan yang berketurunan baik, berkedudukan dan kaya, cuma dia tidak boleh beranak. Adakah boleh saya berkahwin dengannya? Terus Rasulullah s.a.w melarangnya. Kemudian lelaki itu datang dan bertanya kepada Rasulullah kali kedua. Rasulullah menjawabnya sama dengan pertama. Lelaki itu datang dan bertanya kali ketiga.

Lalu Rasulullah menjawab dengan sabdanya yang diriwayatkan Abu Daud, an-Nasai dan al-Hakim: “Berkahwinlah dengan perempuan yang boleh beranak ramai dan bersifat lemah lembut serta bermesra, sesungguhnya aku akan bermegah dengan kamu terhadap umat yang ramai.”

Thursday, June 26, 2008

TIDUR MENGINGATKAN MATI

Manusia bukannya enjin, ia perlukan rehat. Enjin pun bekerja jika ada minyak atau elektrik, itupun enjin tidak kekal lama jika digerakkan tanpa henti.

Walaupun manusia mendapat makanan dan minuman mencukupi, mereka akan penat jika bekerja tanpa rehat. Justeru, cara terbaik ialah berehat atau tidur untuk memulihkan tenaga.

Selain itu, kita hendaklah insaf pintu taubat masih terbuka. Dan, ketahuilah tidur itu adalah pelajaran bagi yang hidup merasai setengah kematian. Melalui tidur, Tuhan mengajar kita mengingati kematian.

Melalui tidur, Tuhan mengajar kita hikmah mimpi. Dan, adab tidur juga Tuhan tunjukkan kita melalui Nabi. Betapa syumulnya Islam, membimbing hal yang kecil hingga perkara yang besar.

Berwuduklah sebelum tidur kerana Allah akan memelihara roh kita di sisi-Nya. Tetapi, jika tidur tanpa wuduk, Tuhan tidak akan memandang kita dan membiarkan jin dan syaitan mengganggu kita. Itulah kita sering dibuai mimpi kosong yang tidak berfaedah.

Tidurlah di atas rusuk kanan dan menghadap kiblat kerana ia satu cara wahyu diturunkan. Mimpi yang benar adalah mimpi diberkati Tuhan.Tidurlah apabila rasa mengantuk. Dengan tidur, anggota tubuh akan mendapat kerehatan dan tenaga akan pulih kembali. Usahlah tidur berlebih-lebihan kerana perbuatan itu akan mengakibatkan badan menjadi letih dan lesu.

Akal fikiran akan menjadi lemah.Jangan pula tidak tidur berpanjangan kerana dengan berbuat demikian kewarasan fikiran akan hilang. Tidurlah sekadar sebagaimana disyorkan Islam, ditunjukkan oleh Nabi s.a.w iaitu tidur sebelum Zuhur.Gunakanlah masa pada siang hari untuk menguruskan pentadbiran dunia.

Tidurlah sedikit pada waktu malam dan bangun memperhambakan diri dari tengah malam hingga ke pagi. Inilah contoh tidur yang ideal dan amalan manu sia-hamba yang mencari keredaan Tuhannya.Jauhkan diri kita daripada amalan tidur dua kali pada siang hari kerana amalan itu perbuatan syaitan. Hindarkan diri daripada tidur terlalu lama supaya tidak dikencing syaitan. Janganlah tidur siang menjadi kemestian kerana tabiat ini akan mengeruhkan wajah dan rezeki menjadi mahal.

Berusahalah menjaga adab tidur, elakkan menelentang, kaki bersilang atau tertiarap dan mengangkat punggung. Tutuplah aurat dan tidurlah di tempat yang terselamat daripada fitnah. Berlindunglah kepada Allah, insya-Allah diri kita akan mendapat berkat.Ingatlah masalah tidur sering dianggap remeh dalam hidup ini tetapi pada hakiktnya ia adalah jurang yang dalam yang berupaya mengakibatkan diri kita hidup tak terancang, hilang matlamat dan hilang punca.

Syaitan bersumpah dengan tiga perkara. Selagi makhluk Allah yang bernama manusia melakukannya, selagi itulah pintu kesesatan terbuka luas dan mudah bagi mereka mem perdayakannya. Tiga perkara itu ialah:

i. keinginan untuk makan
ii. keinginan terhadap perempuan
iii. keinginan untuk tidur
Selama mana ketiga-tiga keinginan ini terus subur dalam diri manusia, selagi itulah tidak ada kegagalan untuk syaitan menyesatkan manusia.

Wednesday, June 18, 2008

SOLAT TAHAJUD PELUANG KEEMASAN UNTUK MANUSIA

Solat tahajud adalah satu peluang keemasan ditawarkan kepada manusia untuk mengeratkan perhubungan mereka dengan Allah.

Kesusahan hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, tetapi bagi mereka yang biasa, ia menjadi satu kenikmatan pula. Malah, bagi yang dapat menghayatinya mereka akan berasa kerugian besar jika tertinggal daripada mengerjakan solat berkenaan.

Pada sepertiga malam pintu langit terbuka luas menerima taubat hamba-Nya. Malaikat membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti untuk membakar tubuh manusia di akhirat nanti.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan akan membangunkan isterinya manakala kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Allah s.w.t sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan membangunkan suaminya manakala jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya." (Hadis riwayat Abu Daud)

Amalan solat tahajud bukan hanya diamalkan Nabi Muhammad s.a.w, malah ia diamalkan umat nabi sebelumnya. Ini bererti perintah mengerjakan tahajud bukanlah dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w semata-mata.

Saidina Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata: "Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat.

Kurniaan di dunia ialah:-
> Jauh daripada segala penyakit
> Lahir kesan takwa pada wajahnya
> Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia
> Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan)
> Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)Sementara empat


Kurniaan di akhirat ialah:-
> Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
> Dipermudahkan hisab
> Cepat melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat
> Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan."

BERTAUBAT SESALI DOSA

Aa Gym, iaitu seorang pendakwah terkenal di Indonesia, dalam bukunya “Ingat Tuhan Sampai Mati” ada menyatakan: “Rezeki terbesar daripada Allah adalah pada masa kita mulai berani jujur melihat kekurangan diri sendiri. Oleh itu, cemburulah apabila melihat orang yang berdosa kemudiannya insaf dan bertaubat, kerana itu lebih baik daripada ahli masjid, tetapi mulai megah dengan amalannya.

Menurutnya, sering kali individu yang bertaubat tidak membawa sebarang perubahan, malah pada zahirnya bertaubat, namun maksiat tetap dilakukan.

“Kita mengerjakan solat, namun kita tidak dapat menahan diri daripada perbuatan keji dan mungkar. Masakan tidak, taubat yang kita lakukan tidak berada pada landasan yang benar dan kuat,” katanya.

Justeru, beliau menekankan, bagi melakukan taubat yang berkesan, sepatutnya diawalkan dengan dua landasan utama, iaitu menyedari Allah maha melihat baik yang zahir mahupun yang tersembunyi dan menyedari dosa membawa bencana.

Orang yang bertaubat mempunyai beberapa tingkatan, iaitu taubat orang awam, taubat orang khusus dan taubat orang khusus bil khusus.

Taubat orang awam
- Hanya untuk dosa besar, tetapi individu terbabit masih tidak terlepas daripada dosa kecil. Dalam erti kata lain, dia hanya menyedari terhadap dosa besar, manakala dosa kecil dipandang ringan dan tidak berusaha meninggalkannya.

Taubat orang khusus
- Orang ini turut bertaubat daripada dosa kecil.

Taubat orang khusus bil khusus
- Individu ini bukan bertaubat kerana maksiat, tetapi kerana kelalaiannya daripada mengingati Allah. Misalnya dia bertaubat kerana gagal melaksanakan solat pada awal waktu. Dia juga bersedih kerana tidak melakukan yang terbaik kepada Allah.

“Hai orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka; mereka berkata: Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah cahaya bagi kami dan ampunlah kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (at-Tahrrim:8)

Taubat diambil daripada perkataan Arab, yang bererti kembali ke jalan asal selepas jauh menyimpang. Bertaubat juga membawa maksud memperbaiki dan memperelokkan diri. Wajar sekali bagi orang Islam memperbaiki diri sendiri terlebih dulu, daripada memperbaiki diri orang lain.

Ciri taubat nasuha ialah menyesal dengan penuh kesungguhan atas kesilapan lalu, kemudian meminta keampunan daripada Allah dengan hati yang ikhlas dan berazam tidak akan mengulangi lagi kesilapan lalu, malah tidak juga berfikir ke arah maksiat.

Menurut Imam Ghazali dalam kitabnya 'Mukasyafatul Qulub', dinyatakan beberapa ciri yang menunjukkan taubat seseorang itu diterima, antaranya:

* Orang itu kelihatan lebih bersih dan suci daripada perbuatan maksiat dan lebih berupaya menahan diri, seolah-olah dia mempunyai tenaga bagi menghalangi dirinya daripada perbuatan dosa.
* Hatinya selalu lapang dan tenang, sama ada ketika bersendirian atau bersama yang lain.
Dia selalu bergaul dengan orang yang baik. Dia mencari rakan juga di kalangan yang baik-baik. Berada dalam lingkungan manusia yang baik ibarat kita berada dalam benteng yang terpelihara.
* Kualiti amal ibadatnya meningkat. Selain dapat menahan diri daripada perbuatan dosa, kualiti ibadatnya semakin gemilang. Solatnya semakin baik, puasanya cemerlang, malamnya dihidupkan dengan solat tahajud, sedekahnya diperbanyakkan.
* Dia sentiasa menjaga lidahnya. Dia begitu teliti mengikuti perkembangan amalannya. Dia semakin teliti mengendalikan lidahnya, fikiran dan ingatannya supaya dijuruskan kepada Allah semaksimum yang mungkin.

MENGHADAPI TEKANAN MENGIKUT CARA ISLAM

Islam melihat punca tekanan lebih kepada kecelaruan dan kelemahan hati. Hati yang lemah menyebabkan hubungan dengan Allah menjadi rapuh. Seterusnya akan menjadikan hidup sempit kerana tidak menemui jalan keluar terhadap setiap masalah.

Hati akan berasa bahagia apabila dekat dengan Allah. Sebaliknya hati akan sengsara apabila ia ingkar kepada hukum Allah dan lalai daripada mengingatinya.

Dalam menghadapi tekanan atau stres secara umumnya mengikut kaca mata Islam ada beberapa panduan, iaitu:

# Membaca al-Quran, di samping memahami maknanya.
Al-Quran adalah rahmat untuk sekelian alam dan ia adalah cahaya, hidayah dan penyembuh bagi penyakit. Dengan memahami dan menghayati kandungan al-Quran seseorang dapat menenangkan hati, fikiran dan jasmani.
Banyak bertaubat dan istighfar. Bertafakur mengenang dosa, merenung mengenai diri terhadap segala nikmat yang Allah berikan kepada kita.

# Mendekatkan diri kepada Allah, mematuhi segala perintah-Nya
Contohnya tidak meninggalkan solat wajib, malah turut melakukan solat sunat dan selalu mengingati Allah dalam setiap ketika.

# Bersedekah.
Harta menyebabkan jiwa tertekan dan memberi sedekah itu kerana Allah dapat memberikan ketenangan. Sedekah lebih bermakna ketika seseorang itu berasa sangat sayang (bakhil) terhadap hartanya. Orang yang bakhil sentiasa disempitkan hati dan akhlaknya oleh Allah kerna mereka berkira dengan kurniaan Allah.

# Bijak mengurus.
Seseorang itu harus bijak dalam menguruskan masa, tenaga, keutamaan dan aset yang ada. Bahkan Allah mengingatkan kita mengenai beban kerja dan tanggungjawab itu perlulah sepadan dengan kemampuan kita, Kita diajar supaya berdoa daripada kerja berlebihan yang tidak mampu ditanggung.

# Bersangka baik kepada Allah.
Kita hendaklah berbicara dan berkata dengan positif serta penuh pengharapan kepada Allah. Ini kerana setiap lafaz diucapkan itu adalah doa dan sangkaan kita kepada Allah.

# Tawakal, iaitu berserah diri kepada Allah.
Menyerah sesuatu perkara itu kepada Allah selepas berusaha sedaya upaya adalah sikap yang sangat baik. Seseorang itu harus menyedari Allah yang mengurniakan rezeki, kekuatan, keinginan dan badan yang sihat bagi hamba-Nya berusaha meneruskan hidup di dunia ini.


Wednesday, June 4, 2008

PESANAN IMAM AL-GHAZALI

Berkata Imam Al-Ghazali:"Jika engkau ingin mengikut jejak para Imam kuatkanlah dirimu untuk terima segala musibah,bertenang dalam menanggung kepahitan,sifat sabar terbentang dalam dadamu,lisanmu perlu dikunci,matamu dikawal,rahsiamu disembunyikan,hanya dilihat oleh Tuhan sahaja,namamu jgn terkenal,mulutmu tersenyum,perutmu lapar,hatimu luka,hindari dari terkenal,pangkatmu dipendam,setiap hari menahan perasaan pahit dari zaman dan teman,sedang hatimu menurut,siangmu sibuk berbakti kepada orang ramai,malammu rindu pada Tuhan,sepi dari pandangan,Jadikanlah ia jalan dan persiapan untuk hari Kiamat yang padanya sulit sekali mencari jalan..."

Berkata Imam Al-Ghazali:"Jika engkau ingin mengikut jejak para Imam kuatkanlah dirimu untuk terima segala musibah,bertenang dalam menanggung kepahitan,sifat sabar terbentang dalam dadamu,lisanmu perlu dikunci,matamu dikawal,rahsiamu disembunyikan,hanya dilihat oleh Tuhan sahaja,namamu jgn terkenal,mulutmu tersenyum,perutmu lapar,hatimu luka,hindari dari terkenal,pangkatmu dipendam,setiap hari menahan perasaan pahit dari zaman dan teman,sedang hatimu menurut,siangmu sibuk berbakti kepada orang ramai,malammu rindu pada Tuhan,sepi dari pandangan,Jadikanlah ia jalan dan persiapan untuk hari Kiamat yang padanya sulit sekali mencari jalan..."

"Apabila sesebuah jemaah Islamiah kurang mengambil berat tentang sembahyang, sama ada lahirnya mahupun batinnya, waktunya mahupun displin sembahyang jemaahnya, maka jika ia memerintah negara, jangan harap ia akan dapat menegakkan keadilan" madahASZ

nurlela zazali(e-commerce)

Friday, May 30, 2008

SEGERAKAN PERKAHWINAN

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Bahawa dua rakaat solat orang yang beristeri adalah lebih baik daripada 70 rakaat solat orang bujang". Namun, masih ada beranggapan bahawa perkahwinan yang bahagia hanya akan lahir daripada kemewahan wang ringgit atau banyaknya harta benda dan tingginya darjat seseorang. Sikap itu menyebabkan mereka enggan atau melambat-lambatkan perkahwinan. Alasannya, perkahwinan itu nanti akan membebankan mereka dengan pelbagai masalah ekonomi. ikhlaskanlah dirimu dlm mencari redha ilahi......agar zuriat umat islam yg diharapkan menjadi pejuang bertambah dan berkekalan.......ameen ya rabb....
Nurlela Zazali(e-commerce).......

Wednesday, May 21, 2008

KEBESARAN YANG MAHA KUASA



Sekali pandang macam xde pe2.....Tapi bl dipandang berkali2 nampak seperti kalimah Alif + Lam + Lam + Ha.....Begitu hebatnya Kebesaran ALLAH......Dia yang menghidupkan dan Dia juga yang mematikan....Percaya atau tidak itu terpulang, tapi kita mesti berpegang pada ajaran ISLAM dan jangan sesekali menyekutukanNYA........