Showing posts with label ManCheSter UNiTed. Show all posts
Showing posts with label ManCheSter UNiTed. Show all posts

Monday, August 9, 2010

MANCHESTER UNITED JUARA PIALA PERISAI KOMUNITI 2010


WEMBLEY, England – Manchester United memulakan saingan musim baru Liga Perdana England dengan penuh bergaya.

Semalam, skuad bimbingan Alex Ferguson itu menjuarai Piala Perisai Komuniti selepas menewaskan juara bertahan, Chelsea 3-1 di Stadium Wembley.

Jaringan Antonio Valencia pada minit ke-41, Javier Hernandez (76) dan Dimitar Berbatov (90) sudah cukup memberikan United langkah kanan dalam misi mereka kali ini.

Begitupun, Chelsea tidak mudah mengaku kalah dan cuba memberi tentangan yang hebat tetapi memperoleh gol sagu hati menerusi Salomon Kalou pada minit ke-83.

Lebih manis, kejayaan The Red Devils ini juga dilihat sebagai amaran awal mereka dalam misi mereka merampas semula gelaran Liga Perdana England daripada The Blues.

Pertembungan dua pencabar utama itu semalam banyak didominasi oleh United yang menurunkan dua pemain baru, Hernandez dan pertahanan Chris Smalling.

Manakala Chelsea yang merupakan juara berganda selepas memenangi gelaran liga dan Piala FA dilihat gagal mencari rentak meskipun menggunakan khidmat bekas perancang Liverpool, Yossi Benayoun dan penyerang Ivory Coast, Didier Drogba.

Ini adalah kali ketiga dalam masa empat tahun United berjaya menjulang gelaran Piala Komuniti selepas tahun 2007 dan 2008.

Kekalahan ini pula merupakan tamparan baru buat pengurus The Blues, Carlo Ancelotti dalam misi mempertahan kejuaraan menjelang aksi pembuka musim 2010/11 pada Sabtu ini.

Sumber : KOSMO

Wednesday, September 3, 2008

Friday, August 8, 2008

RONALDO TAK JADI PINDAH

MANCHESTER: Penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo menamatkan spekulasi perpindahan paling kontroversi dengan mengambil keputusan untuk terus bersama juara Eropah, Manchester United, musim depan sekali gus mengecewakan usaha Real Madrid untuk mendapatkannya.Pengurus Manchester United, Alex Ferguson menyedari bahawa penjaring gol berbakat itu bakal berdepan kecaman daripada penyokong pasukan, mempertahankan Ronaldo yang meminta maaf kerana menimbulkan kekecohan antara kedua-dua kelab.Biarpun mengesahkan kesetiaannya kepada pasukan juara Eropah dan Liga Perdana Inggeris untuk musim depan, bintang Portugal itu masih menyimpan impian beraksi di Sepanyol, sambil berkata dia menganggap rekod yuran perpindahan termahal dunia yang ditawarkan Real Madrid tetapi ditolak United sebagai ganti rugi munasabah bagi perpindahannya.“Saya tidak akan menjadi hipokrit dan berkata sebaliknya daripada apa yang saya fikirkan, seperti yang dilakukan pemain lain,” Ronaldo dilaporkan sebagai berkata kepada akhbar Portugal, Publico.
“Apa saya katakan sama seperti saya fikirkan. Saya mempunyai impian untuk bermain bersama Real dan saya fikir inilah masanya untuk berpindah. Orang ramai tidak boleh kecewa jika saya ingin memenuhi impian masa kecil,” katanya.
Sepanjang isu perpindahan itu yang dilihat cuba diapi-apikan oleh Ronaldo, Ferguson mengawal kemarahannya terhadap Madrid dan cuba melindungi aset bernilainya itu.Ferguson bersimpati dengan pengumuman Ronaldo apabila berhasrat mahu kekal bersama pasukan itu dan meminta peminat mengetahui mengapa Ronaldo mahu berpindah ke Madrid dan menaikkan gaji mingguannya kepada £120,000 (RM780,000). - AP

Tuesday, July 22, 2008

RONALDO MEMBISU

LONDON - Bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo masih enggan memberi sebarang jawapan mengenai masa depannya di Old Trafford.

Pemain sayap Portugal itu menolak untuk memberi sebarang kenyataan berhubung masa depannya hanya 72 jam selepas pengurus United, Ferguson menegaskan bahawa dia tidak akan meninggalkan skuad Red Devils.

"Saya mempunyai 1,001 persoalan tentang Manchester United dan Real Madrid.

"Apa yang anda mahu saya katakan? Saya pergi atau saya kekal? Saya tidak tahu tentang masa depan tetapi hanya Tuhan yang tahu. Saya tidak boleh berkata apa-apa lagi," kata Ronaldo.

Ronaldo yang baru sahaja menjalani pembedahan di bahagian buku lali dilaporkan sedang bercuti di Amerika Syarikat.

"Pemain-pemain yang hebat sentiasa diburu oleh kelab-kelab besar. Ia adalah suatu perkara biasa.

"Saya sentiasa diburu bukan hanya tahun ini. Ia tidak aneh bagi saya untuk melihat apa yang akan berlaku," tambah Ronaldo.

Sementara itu, bekas pengurus United, Carlos Queiroz berkata, isu berkaitan masa depan Ronaldo akan berakhir dalam masa terdekat.

"Saya tidak bercakap dengan Cristiano dalam beberapa hari ini tetapi kami masih berkawan.

"Adakah saya menjangkakan dia akan terus kekal? Apa yang saya tahu, tidak banyak perubahan akan berlaku tetapi masalah ini harus ditanyakan kepada kelab terbabit," kata Queiroz yang kini membimbing skuad kebangsaan Portugal.

Ronaldo menandatangani kontrak baru bersama United 18 bulan lalu dan sebelum ini telah diberi amaran bahawa dia tidak akan ditawarkan sebarang kontrak baru.

Namun Ronaldo menegaskan bahawa dia mahu menyertai kelab Sepanyol, Real Madrid bukan disebabkan wang.

"Saya mahu gembira dengan kelab yang diwakili. Saya boleh gembira jika bersama individu yang saya suka," jelas Ronaldo. - Agensi

Thursday, May 22, 2008

MANCHESTER UNITED JUARA!!!




Masa Perlawanan :2.45pg -5.45pg
Tempat : Stadium Luzhniki,Moscow
Tarikh : 22 Mei 2008
Mengharungi detik 120 minit perlawanan belum cukup untuk 'Red Devils' bergelar juara apabila kedudukan masih terikat 1-1.Penat tu tunggu.......Tandukan Ronaldo memastikan MU dihadapan pada minit ke-26 sebelum disamakan Lampard pada minit ke-45....Perlawanan akhirnya ditentukan dengan sepakan penalti yg sungguh mendebarkan......(nyaris2 aku nk tido)...sbb dh bengang bl Ronaldo x jrgkan gol.......Tp bl tgk sepakan last yg diambil John Terry(hmpir2 tergolek 'dog' ....kesssiiiaaannn.......) menyaksikan peluang MU kembali......Van Der Sar menjadi penyelamat apabila berjaya menepis sepakan terakhir yang diambil Anelka dan dijulang sebagai hero......bangga tu!!!!Akhirnya Chelsea terdiam seketika(maybe blh jd lama kot)......hehehehe....Berjaya gak MU merangkul gelaran Juara Eropah dan Juara Liga Inggeris.......Harapan Chelsea terkubur sajalah....
Penyokong Chelsea jgn marah haaa......nnt kena jual!!!!

Wednesday, May 21, 2008

MANCHESTER vs CHELSEA





Setelah berjaya merampas takhta Liga Perdana England, kini skuad 'Red Devils' akan berdepan
lawan yang sama dalam misi memburu kemasyhuran dalam saingan Liga Juara-Juara. Manchester United yang memiliki rekod gemilang di pentas Eropah akan berdepan Chelsea, pasukan yang memiliki kekuatan kewangan menerusi pemiliknya, Roman Abramovich pada perlawanan akhir di Stadium Luzhniki, Moscow awal pagi ini.
Untuk rekod, pertembungan United-Chelsea ini adalah satu lakaran sejarah dengan menemukan buat pertama kalinya dua kelab dari England di pentas akhir.
Walaupun kelab England berjaya menguasai kejuaraan ini yang sebelumnya dikenali Piala Eropah untuk enam tahun berturut-turut (1977-1982), namun pertembungan di Moscow awal pagi ini pasti menjanjikan kemenangan buat England.
Di atas kertas, pengurus United, Alex Ferguson kini memburu gelaran Eropah ketiga buat United selepas melakukannya pada tahun 1968 dan 1999.
Pagi ni berjagalah jawabnye.......xnak terlepas perlawanan yg sengit ni.......jgn lupa pkul 2.00pg ni...
GO UNITED...........wsalam