Friday, August 8, 2008

RONALDO TAK JADI PINDAH

MANCHESTER: Penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo menamatkan spekulasi perpindahan paling kontroversi dengan mengambil keputusan untuk terus bersama juara Eropah, Manchester United, musim depan sekali gus mengecewakan usaha Real Madrid untuk mendapatkannya.Pengurus Manchester United, Alex Ferguson menyedari bahawa penjaring gol berbakat itu bakal berdepan kecaman daripada penyokong pasukan, mempertahankan Ronaldo yang meminta maaf kerana menimbulkan kekecohan antara kedua-dua kelab.Biarpun mengesahkan kesetiaannya kepada pasukan juara Eropah dan Liga Perdana Inggeris untuk musim depan, bintang Portugal itu masih menyimpan impian beraksi di Sepanyol, sambil berkata dia menganggap rekod yuran perpindahan termahal dunia yang ditawarkan Real Madrid tetapi ditolak United sebagai ganti rugi munasabah bagi perpindahannya.“Saya tidak akan menjadi hipokrit dan berkata sebaliknya daripada apa yang saya fikirkan, seperti yang dilakukan pemain lain,” Ronaldo dilaporkan sebagai berkata kepada akhbar Portugal, Publico.
“Apa saya katakan sama seperti saya fikirkan. Saya mempunyai impian untuk bermain bersama Real dan saya fikir inilah masanya untuk berpindah. Orang ramai tidak boleh kecewa jika saya ingin memenuhi impian masa kecil,” katanya.
Sepanjang isu perpindahan itu yang dilihat cuba diapi-apikan oleh Ronaldo, Ferguson mengawal kemarahannya terhadap Madrid dan cuba melindungi aset bernilainya itu.Ferguson bersimpati dengan pengumuman Ronaldo apabila berhasrat mahu kekal bersama pasukan itu dan meminta peminat mengetahui mengapa Ronaldo mahu berpindah ke Madrid dan menaikkan gaji mingguannya kepada £120,000 (RM780,000). - AP

No comments: