Antara 12 alasan golongan lelaki bersedia mengakhiri zaman bujang:
Pelengkap hidup
Lelaki merasakan bahawa setiap fasa hidup yang mereka tempuhi sudah menghampiri ke tahap yang sempurna. Mempunyai pekerjaan yang tetap, kewangan yang mencukupi dan memiliki pasangan yang serasi, membuatkan mereka memikirkan masa depan yang lebih bahagia dengan sebuah ikatan perkahwinan.
Hidup lebih terurus
Mungkin selama ini dia kurang mendapat perhatian daripada orang tuanya. Semua perkara yang diperlukan, dinikmati seorang diri. Sehingga dia memerlukan seseorang yang mampu membuatkan dirinya berasa nyaman dan dapat memenuhi setiap keperluan hariannya.
Kewangan yang mantap
Dia telah mempunyai sumber kewangan yang tetap yang dianggap sebagai modal untuk mengharungi alam rumah tangga bersama pasangan yang dicintai.
Bosan hidup membujang
Bagi lelaki yang sudah puas mengharungi pahit dan manis selama hidup membujang, pernikahan adalah solusi terakhir yang dianggap tepat untuk mereka keluar dari situasi kebosanan.
Walaupun kenikmatan hidup membujang membuatkan dia berasa dirinya aman dan tiada kongkongan hidup, tetapi lama-kelamaan, dia akan merasakan hidupnya kosong tanpa wanita di sisi.
Terlalu menyintai
Saat merasa cintanya terlalu mendalam terhadap pasangannya, hatinya menjadi semakin egois untuk memiliki kamu, kekasih paling disayangi.
Untuk memastikan pasangannya tidak berpaling tadah terhadap lelaki lain, jalan terbaik yang harus ditempuhi adalah dengan memutuskan alasan untuk menikah. Dalam hati kecilnya, pasti menyedari bahawa hidup tanpa si dia seperti tinggal di dalam dunia yang tidak penghuni.
Sudah bersedia
Dari segi mental dan fizikalnya, dia merasakan sudah bersiap sedia untuk melanjutkan hubungan ke alam pernikahan. Bagi lelaki, mereka memerlukan masa untuk membuat persiapan mental sebelum memasuki ke gerbang perkahwinan.
Ingin punyai keturunan
Seperti juga kaum wanita, sebahagian besar lelaki menginginkan keturunan yang boleh dibanggakan.
Cepatkan hubungan intim
Hubungan cinta yang dijalinkan sejak sekian lama begitu menguji kesetiaan dan pemikiran pasangan bercinta. Bagi mereka, bertengkar dan cemburu sememangnya menjadi fitrah dalam kehidupan seharian. Disebabkan itu juga, mereka memutuskan untuk bernikah selain dapat mengukuhkan hubungan intim.
Secocok
Mereka merasakan kamu dan dirinya seperti kepingan puzzle yang saling melengkapi. Mempunyai minat dan hobi yang sama, tahu akan karakter masing-masing dan pandai menyingkap setiap persoalan di antara kamu berdua. Baginya, tiada orang lain yang dapat memahami dirinya selain kamu, kekasih sejati.
Desakan orang tua
Sekadar memenuhi tuntutan orang tua, membuatkan seorang lelaki mengajak pasangannya berkahwin. Hal ini antara lain adalah kerana orang tuanya sudah uzur dan tidak sabar melihat anaknya hidup bahagia di samping cucu-cucu mereka atau melihat anaknya sudah secocok dengan pasangannya.
Desakan kekasih
Lelaki akan berasa tercabar sekiranya mereka dipaksa melakukan sesuatu perkara yang dianggap belum bersedia.
Tetapi, ada juga lelaki yang dipaksa dan akhirnya dia menerima dengan sebulat hati, tanpa ada sebarang alasan.
NOOR HASLIZA NUSI
No comments:
Post a Comment