Friday, July 18, 2008
CUBA TEKA MAAA.....LU OLANG
Teka-teki 1
bersaiz kecil...kehitaman dan berpeluh...cuba lu olang teka???
teka-teki 2
dalam byk2 binatang...binatang ape yg bertudung...lu olang tau ka???
teka-teki 3
hensem olangnya dan paling bijak di bumi ini...ha klu lu olang tau,,mmg lu olang la olang yg paling bukan olang
sudah hampir 88ribu org memberi jawapan yg salah...akhirnya ah lee telah membongkarkn jawapan yg sebenar ke dalam ruangan ini...
jawapan-
teka-teki 1: semut baru lepas jogging...
teka-teki 2: binatang muslimah yg solehah ma....susahkn...wa sudah ckp td..
teka-teki 3: ini jawapan paling istimewa tau...jawapannya..siapa lg klu wa la olangnya...
Wednesday, July 16, 2008
NILAI 3 PROMOSI
39-1A, Jalan Padi Ria, Bandar Baru UDA, Tampoi,
81200 Johor Bahru, Johor
Tel / Fax : 607-2344 064
Email : nursarahtravel@yahoo.com
Membeli belah di
NILAI 3
(SYURGA TEKSTIL & KRAFTANGAN)
RM 45/seorang
7.30 pagi : Berkumpul di kawasan yang di tetapkan.
8.00 pagi : Bertolak ke NILAI 3
12.00 tgh : Rombongan tiba di NILAI 3
- makan tengahari (sendiri)
12.30 tgh – 5.30 ptg : Masa untuk membeli belah
Kain,baju,tudung kraftangan dan macam-macam lagi…
# Kemudahan surau disediakan untuk menunaikan solat
6.00 ptg : Rombongan bertolak balik
10.00 mlm : Rombongan di jangka tiba.
Terma dan syarat :
* Tempahan mestilah dibuat 21 hari sebelum tarikh rombongan.
* Bayaran penuh hendaklah dibuat 7 hari sebelum tarikh rombongan
* 1 Bas = 40 orang (maksimum)
* Minimum peserta 35 orang
* Salinan senarai nama peserta dan nombor kad pengenalan hendaklah
diberikan kepada penganjur untuk tindakan lanjut,7 hari sebelum tarikh
rombongan.
* TERTAKLUK PADA TERMA DAN SYARAT!
Untuk tempahan dan pertanyaan lanjut :
Mohd Hizami Bin Zainal Abidin (Felda Air Tawar 4)
019-7240899/zamie_nursarahtravel@yahoo.com
Tuesday, July 15, 2008
DISEBALIK K ZoOm Seafood N 2008
Lihatlah apa yg terjadi.......di sebalik penganjuran karnival ini.....
Samada rakyat malaysia yang tidak tahu jaga kebersihan ataupun pihak penganjur yang tidak mengambil berat akan keluhan pengunjung.....Kedua2nya bersangkut paut...
Apa yang terjadi sebenarnya????
Kisahnya bermula apabila ramai pengunjung yang membeli tiket melahirkan rasa tidak puashati terhadap pihak penganjur....Bila mana ramai yang membeli tiket tidak dapat merasa ikan bakar yang dikatakan terpanjang di malaysia......Ini berlaku kerana pengunjung yang tidak membeli tiket pun sama juga dapat makan...mana x hangin pengunjung yang beli tiket.......Slogan yang digunakan pihak penganjur "Makan Sampai Kenyang" menjerat ramai pengunjung......
Kekurangan pihak urusetia juga menyebabkan keadaan semakin tidak terkawal......Apa taknya.....pengunjung mengambil kesempatan mencuri ikan mentah yang belum di masak dari dalam kotak......Xtaulah kebulur ke ape......maklumlah ikan sume mahal2 belaka.....Dah lepas pun kejadian tu,tp nasib baiklah nk catat rekod punyer pasal xde nyawa yg melayang.....
Antara langkah yang perlu diambil pihak penganjur mengelakkan kejadian serupa berlaku :
1) Pihak Sukarelawan - dah tau 450 meter panjangnye,janganlh letak 70 orng je(tp tgk petugas yg btugas xde pun smpai 70 org)......tu yg ramai org awam pakai masuk je xkralah ada tket ke x...
2)Pagar Penghalang - Haaa,bl petugas dh ckup sesuai dgn panjangnye rekod yg nk dcatatkan penganjur mstilah kn wat pghadang....spaya org awam x blh msuk......
3) Kawasan steamboat perlulah dibnyakkan.......xdelah org beratur panjang sampai 2 km....xdelah meja sampai patah....
4) Patutnye terdapat urusetia yg kawal kotak2 ikan/wat pghadang.....jgnlah ltak kt luar tnpa penghadang.....sudahnya org brebut ambil ikan mentah bw blk umah.....klu sekor dua xpe...ni ada yg sorang amik 1 kotak besar.....aduh skt ati tgk....
Teguran ni bukan nk malukan penganjur,tp supaya penganjuran akan datang lebih baik.......
tupun kalau nk wat lg r......
KARNIVAL ZOOM DESARU SEAFOOD NITE 2008
MALAM
Dalam Karnival Zoom! Desaru 2008 di Tanjung Balau pada 12 Julai lalu, sebanyak RM200,000 telah disediakan bagi menyediakan tiga tan metrik tujuh jenis ikan, iaitu cencaru, kerapu, kembung, tenggiri, selar, siakap,udang karang,ketam dan bawal untuk dibakar kepada orang ramai.“Selain itu, beberapa tempat ‘steamboat’ udang dan sotong, nasi lemak dan sate sebagai makanan tambahan kepada pengunjung,” Dianggarkan, kira-kira 5,000 tiket berharga RM5 setiap satu habis dijual dengan kehadiran 15,000 orang pada majlis bersejarah itu.Selain acara utama iaitu menikmati ikan bakar pihaknya menyediakan 33 gerai membabitkan penyertaan 33 kampung di kawasan sekitar Parlimen Pengerang.Pembabitan semua wakil kampung bagi membolehkan semua pihak mempromosikan barangan yang dihasilkan di kampung masing-masing kepada orang luar yang berkunjung sempena karnival itu.Karnival itu mencapai sasaran mencipta rekod baru ikan bakar terpanjang di negara ini, apabila mencatat ikan bakar sepanjang 450 meter yang diiktiraf wakil Malaysia Book of Records.
Karnival ini telah dirasmikan oleh Menteri Pelancongan Malaysia, YB Datuk Azalina Othman Said
Thursday, July 10, 2008
MENGEKALKAN KEBAHAGIAAN
#Tunjukkan sayang terhadap isteri sama ada melalui kata-kata atau perbuatan seperti pelukan.
#Jauhi ucapan yang menyinggung perasaan isteri sekalipun dalam keadaan marah.
#Apabila terlalu marah, kawal diri anda. Beristighfar dan bersalawat serta berwuduk.
#Ingatlah semula segala kenangan manis dan memahami isteri memerlukan bimbingan suami dan memahami tiada sesiapa terlepas melakukan kesilapan.
#Apabila timbul rasa bosan ataupun jemu terhadap isteri, cubalah ulangi kembali saat manis dulu atau ajak isteri keluar makan di tempat yang agak istimewa, ataupun melancong ke tempat indah.
#Jangan merendah-rendahkan isteri di depan orang lain.
#Jangan memuji wanita lain di depan atau belakang isteri.
#Hargai dan beri pujian kepada pengorbanan isteri.
#Bantu isteri melakukan kerja seharian di rumah seperti memasak dan mengemas.
#Fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat perasaan serta kesihatan isteri terutama ketika haid dan mengandung.
#Beri bimbingan kepada isteri dalam melakukan sesuatu agar ia bertambah semangat dan bermotivasi.
#Bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan ibadah.
#Berdoalah agar hati dan perasaannya sentiasa patuh kepada Allah dan hormat suaminya.
Bagi mengeratkan lagi jalinan kasih, berikut adalah perisa untuk menambah kebahagiaan yang didamba.
#Bisikkan kasih sayang dari semasa ke semasa.
#Buktikan kasih sayang daripada suami seperti hadiah dan penghargaan, senyuman, perbualan mesra dan gurauan.
#Kerjasama mendidik anak, menyelesaikan masalah dan hal lain.
PC FAIR JOHOR

1 - 3 August 2008
11:00 am - 9:00 pm
Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru, Johor
Jalan Abdullah Ibrahim, 80000 Johor Bahru.
MATTA FAIR JOHOR 2008
Organizer : MATTA Johor Chapter
Venue : 6th Floor, Expo Hall,The Zon Regency Hotel By The Sea
Johor Matta Fair Event Date :1st August 2008 to 3rd August 2008
Event Location : 6th Floor, Expo Hall,The Zon Regency Hotel By The Sea, Johor Bahru, Johor.
Event Time : 10.00 am to 10.00 pm
Opening Ceremony : 02nd August 2008
Ticket : RM3
Event Organizing Committee
Organizing Chairman : Mr. Raaj Navaratnaa
Project Secretary : Ms. Liza Alip
Project Treasurer : Mr. Steven Chung
Committee : Mdm Kathryn Lee
Ms. Sherry Zaharah
Mr. Alan Tan
Mr. John Tok
Mr. Kenny Ngi
Kindly click the link below for more details:-
- Booking Form
- MATTA Rules Regulations amended
- Booth Design
- Booth Design with BUNTING
- Booth Design DO's DON'T Buntings
- Booth Design isometric view 1
- Booth Design DO's DON'T Furniture Cantilever
- Walkway Do Don't
Monday, July 7, 2008
PESTA MEMANCING JETI TELUK SENGAT
Gambar 1: Hadiah2 untuk peserta yang layak je.....
Gambar 2 : Peserta melihat hasil tangkapan masing2......Aku xde dlm gmbr tu mknanya xdelah ikan yg aku dpt....hhhhuuuuaaarrrggghhh
Gambar 3 : Mancing-mancing gak,posing mst ada.....Bbbaaaiiikkkk Puunnnyyyeerrr!!!
Gambar 4 : Dengan penuh ketekunan dan sabar tunggu joran disambar ikan
Lokasi : Jeti Telok Sengat
Masa : Kul 9 mlm smpai kul 12
Yuran : Ala cumer RM10 je...
Hadiah : 1) RM200 + Hamper
: 2) RM150 + Hamper
: 3) RM100 + Hamper
4 - 10) Hamper
Xde nombor : Hamper.......Hampa.....huhuhuhu
Haaaa ni xtvt aku bl ada ms lapang........Malam sabtu (5/7/08) aku ngan bbrapa kengkawan pi lah pertndgn mancing kat jeti telok sengat.....First time aku join pertandingan mancing....Ala cuma RM10 inggit je....Masuk pun bkn nk mng,cm suka2 je.....First time gak aku mncng ikan waktu mlm ngan kengkawan...Bukan mancing pompuan tau.......Frust r gak bl mncng x dpt ikan,tp kr best r sbb ramai gak peserta yg join.......ikan plg berat pun "Blues geng" ala kr org pggl ikan belukang 550gram........Siakap ada,resat ada......sembilang ada......tp sumenya kalah d tgn belukang.......C u soon.....
19/7/08 : Pertandingan sama jg akan diadakan.....Sesaper berminat blhlh join....
DI DEWAN PERDANA FELDA, JALAN SEMARAK,KL
Actually,gambar ni di ambil ms 27 jun 08,tp mmndngkn xde ms nk upload gmbr ni br arini dpt ms tu.......so kt enjoy!!!hehehehe..........Gmbr ni di ambil masa mak ayah p mesyuarat KPF kt dlm dewan,mklumlah dh xde aktiviti best,so kijenya amik gmbar jelah........Sesambil tu bjlan gak lah kt dlm dewan yg besar tu........PPPeeerrrggghhh punyerlah besar.....Sape2 yg xtau KPF tu pe,hhhaaaa aku nk bgtau.....KUMPULAN PERMODALAN FELDA BERHAD....Ms aku pegi aritu dia punyer pengerusi terangkan tentang keuntungan syarikat n baper persen saham yg ahli dpt....kr tahun ni tggi gak r dpt 16.5 %.....Sesaper yg bgelar pegawai/peneroka mahupun anak peneroka FELDA mmg dgalakkan sangat melabur.....aku pun br bjnak2 dgn pelaburan ni....Hopefully,blhlh smpan duit...Nnt ms tua sng aku......Tata
ROMANTISKAH SI DIA?
Memihak rakan-rakannya
Antara kamu dan rakan-rakannya, dia lebih memihak kepada kenalannya. Daripada menemani kamu berjalan-jalan atau bersiar-siar di hujung minggu, dia lebih suka meluangkan masa bersama teman-temannya.
Bahkan, si dia sanggup mengajak kamu bersuka ria sambil ditemani rakan-rakannya. Bagaimana kamu ingin bermesra dengannya, sedangkan dia sentiasa mengajak sahabatnya ikut serta? Sekiranya terdapat kesulitan untuk kamu berbual dengan mereka, lebih baik kamu pergi bersama teman-teman kamu sendiri, bukan?
Cakap lepas mulut
Percakapan yang dilemparkan tanpa mengira keadaan atau orang yang ada di sekeliling kamu. Sekiranya bagus, dia akan berkata benar. Tetapi jika tidak, dia tidak segan untuk mengakuinya.
Walaupun apa yang dinyatakan itu ikhlas dan lahir dari lubuk hatinya, tetapi setidak-tidaknya, dia cuba mengambil hati kamu. Terpulang kepada diri individu itu sendiri sama ada inginkan sikap lepas cakap terhadap pasangan atau tidak. Tetapi, janganlah pula kamu sakit hati apabila mendengar komen pedas yang dilemparkannya nanti.
Tidak mengira lokasi
Romantik dalam sesebuah perhubungan sememangnya perlu dititikberatkan oleh setiap pasangan bercinta. Ia perlu dilihat daripada pelbagai aspek kehidupan termasuk makan dan minum.Sepanjang berkenalan, dia seringkali mengajak kamu menikmati makan tengah hari atau malam di gerai tepi jalan. Sebenarnya, bukan kerana dia tidak mahu memanjakan diri kamu di lokasi yang lebih romantik, tetapi memang ada lelaki memiliki sikap ini.
Baginya, dia akan berasa aneh sekiranya dia mengajak kamu menikmati makan malam di sebuah restoran mewah. Dia lebih senang menikmati hidangan di tempat-tempat khalayak ramai atau kedai yang terletak di pinggir jalan. Malah, pasangan yang tidak romantik akan berasa lebih selesa apabila mengajak kamu ke destinasi kesukaannya seperti di padang bola, gelanggang bola keranjang atau di litar perlumbaan.
Kurang mesra
Perkara ini akan membuatkan kamu berasa sakit hati dengan sikap yang dia tonjolkan selama ini. Si dia tidak pernah bertanyakan tahap kesihatan mahupun perkara yang kamu gemar.
Malah, ketika bersama kamu, dia lebih gemar berjalan bersendirian bak pasangan yang sedang bermusuhan. Bahkan, dia gemar berjalan dua langkah di hadapan kamu, sehingga kamu terpaksa mengejarnya.Paling menyedihkan, apabila di saat kamu menyeberangi jalan, dia tidak pernah membantu. Bukan bermaksud dia takut, tetapi memang dia tidak mempunyai inisiatif untuk menyelamatkan kamu.
Menolak filem percintaan
Lelaki jenis ini lebih suka mengajak kamu menonton filem seram, perang, aksi lawan atau komedi. Filem drama romantis? Ehem... mungkin dia akan meluahkan rasa bosan atau tertidur di kerusi panggung wayang apabila kamu memaksanya menonton filem tersebut.
buktikan keteguhan cinta menerusi luahan hati dan perasaan.
Menjauhi irama syahdu
Tentang selera muzik dan lagu, sudah pasti dia lebih menyukai lagu bersuara hingar-bingar berbanding muzik perlahan dengan tema cinta. Walaupun dia menyukainya, namun dia tidak akan mempedulikan lirik lagu tersebut.
Tidak pernah beri kejutan
Tidak pernah mengirim mesej berbaur cinta malah jarang sekali mengirimkan sejambak bunga, coklat atau hadiah berupa barangan romantis.
Jarang memuji
Si dia yang tidak romantis lebih senang mengkritik kamu daripada meluahkan pujian. Ini menyebabkan pujian yang diberikan kepada kamu boleh dikira dengan jari.
Jauhi kata cinta
Kebiasaannya, si dia tidak pernah meluahkan kata-kata atau ucapan sayang kepada pasangannya. Saat pertama kali mengatakan cintanya ialah sewaktu kamu mula berkenalan. Kata-kata magis ini biasanya akan keluar setelah kamu benar-benar memerlukan kepastian.
Panggilan sayang tidak telus
Jangan harapkan panggilan manis yang dilontarkan boleh membuatkan kamu bahagia dengan panggilan itu. Alasannya, dia malu pada teman-temannya sekiranya memanggil kamu dengan panggilan sayang.
Terlupa saat manis bersama
Ini yang paling menjengkelkan. Si dia tidak pernah mengingati saat manis atau tarikh paling bersejarah dalam perhubungan kamu berdua. Berbeza dengan lelaki romantis, mereka akan sentiasa memikirkan perkara, kata-kata atau hadiah yang pertama kali diberikan sewaktu mula berkenalan dahulu.
NOOR HASLIZA NUSI
Friday, July 4, 2008
TILAM MANA BAKAL DI USUNG????
NAMPAKNYA kejutan yang dibuat Mohd Saiful Bukhari Azlan seumpama bom jangka. Ia berjaya diletupkan dengan hasrat menenggelamkan isu-isu yang berlingkar di kaki pemimpin Umno. -->
Saiful berjaya menyingkir seketika isu Altantuya dan Datin Seri Rosmah Mansor yang diyakini Raja Petra Kamaruddin melalui akuan sumpahnya.
Masyarakat juga seperti sudah lupa isu Datuk Yong Teck Lee dan Parti Maju Sabah. Isu usul tidak percaya berjaya mengundahkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi seperti berlalu begitu sahaja.
Begitu juga dengan isu Ketua Pemuda MIC, S A Vigneswaran keluar parti, seperti ditenggelamkan. Sepatutnya isu itu berada di helaian depan bukannya belakang.
Taufan membadai rumah tangga Umno seakan terhenti seketika. Biar pun sudah ada atap yang terbang dan dinding tercabut, namun mahligai usang Umno masih lagi bertahan.
Barisan pertahanannya kini dilihat banyak bergantung kepada pasukan polis dan Peguam Negara. Sedangkan polis masih gagal mencari pembunuh Nurin Jazlan dan adik Sharlinie Mohd Nashar, 5 yang hilang.
Nampaknya organisasi itu lebih serasi menjadi benteng mempertahankan kerajaan BN.
Polis ternyata lebih cepat bertindak sehingga Suwandi dan Azman ditembak dengan peluru hidup ketika menyertai perhimpunan di Kuala Terengganu, tahun lalu.
Bukan sekadar nyawa hampir melayang, sebaliknya mereka ditahan pula di Penjara Marang tanpa dibolehkan ikat jamin pada awalnya.
Inilah wajah polis dan pihak pendakwaan di Malaysia. Maka nampaknya sukarlah Pakatan Rakyat menduduki Putrajaya selagi dua badan terbabit terus dengan sifat biasnya.
Mengambil kira situasi yang berlaku sekarang, siapa sebenar yang mencipta skrip terbaru sehingga berjaya menggegarkan negara. Berbahagialah orang berkenaan dalam sehari dua ini.
Ada pihak menyarankan orang berkenaan diberi anugerah tertinggi di kurun ini. Skripnya benar-benar laku sehingga memenuhi halaman akhbar dan ruang televisyen.
Ada pihak berhujah Anwar sendiri, kononnya mahu mengangkat lagi martabat dirinya, sebelum menduduki kerusi empuk di Putrajaya. Waraskah hujah sedemikian.
Tengoklah kenyataan menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishamuddin Hussien.
Seperti kata Khairy, Anwar seorang ahli politik yang kreatif dalam meraihkan simpati masyarakat. Hishamuddin pula mendakwa tindakan Anwar mahu mengalih tumpuan, sama seperti yang dilakunya ketika dituduh suatu ketika dahulu.
Pada 1998 tuduhan sama dilempar terhadap Anwar sebagai asas pemecatannya daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri. Ia menjadi sketsa politik yang paling hangat ketika itu.
Tiada negara di rantau Asean lain ditimpa dengan pertuduhan yang amat mengaibkan semata-mata mahu musnah rakan sendiri.
Di negara jiran, biar pun sering bergolak, namun tidak pernah kedengaran teori liwat dijadikan sebagai senjata, melumpuhkan kubu lawan.
Apa dah jadi dengan penulis buku Khalid Jefri yang memulakan cerita mengaibkan Anwar.Hari ini penulis buku itu sedang berdepan dengan penghakiman di alam kubur.
Anwar ketika itu dikaitkan dengan empat kes liwat membabitkan bekas pensyarah, Hairany Mohd Naffis, penulis ucapan warga Pakistan, Dr Munawar Anees, pereka fesyen, Mior Abdul Razak dan adik angkat Anwar, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja.
Anwar ditahan atas tuduhan homoseksual.
Sepanjang perbicaraan, tiga kali pihak pendakwa meminda pertuduhan. Anwar hanya disabitkan kesalahan berdasarkan seorang saksi. Saksi tersebut dianggap berjaya memberi wajah herot kepada sistem kehakiman di negara kita.
Beberapa kali menukar pengakuan seperti menjadi amalan biasa yang dihalal dalam dakwaan terpilih di Malaysia.
Orang ramai masih lagi mengingati agenda mengusung tilam ke mahkamah. Cukup mengaib dan memualkan sekali. Siapa pembantu pelakon ketika itu kalau bukan anggota polis dan pihak pendakwa.
Kemungkinan di atas kesamaran kes itu, sebaliknya Anwar disabitkan dengan kesalahan rasuah iaitu penyalahgunaan kuasa iaitu campur tangan dalam penyiasatan polis terhadap dakwaan salah laku seksual.
Beliau kemudian menjalani hukuman enam tahun penjara sebelum dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan.
Selepas enam tahun Anwar dikurung di sebalik jeriji besi maka pada 6 November 2006 mahkamah membebaskan Anwar dan Sukma.
Pihak pendakwa memberitahu mahkamah, pihaknya tidak mempunyai bukti perilaku sumbang itu. Sedangkan Anwar sudah diaibkan begitu rupa dalam tempoh begitu lama.
Keputusan itu bermakna Anwar bebas daripada hukuman penjara sembilan tahun yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2000 atas kesalahan tersebut.
Kini selepas 10 tahun kes itu berlalu, jerat yang serupa dipasang sekali lagi. Jarang panglima handal menggunakan taktik serupa berulang kali.
Kali ini bukan empat mangsa liwat yang mampu ditampilkan seperti yang berlaku pada 1998, sebaliknya hanya seorang sahaja. Mohd Saiful, 23 pemuda yang dikatakan gagal menerus pengajian di Uniten memulakan segala cerita itu.
Maka tercetuslah dakwaan beliau diliwat Anwar dan menurut laporannya kali terakhir pada 26 Jun lalu di sebuah kondominium di Jalan Setia Kasih, Desa Damansara.
?Inilah versi cerita yang paling menarik tahun ini ketika Anwar sedang melangkah gagah ke Putrajaya,? kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.
Seorang penyelidik, Mohd Zainal Abidin Hussien mempersoalkan siapa yang membikin skrip mengaibkan Anwar bagi kali kedua ini. Malah katanya skrip terbabit mungkin paling berjaya dalam cubaan meranapkan Anwar, biar langsung tidak terkesan.
Mungkinkah musuh-musuh Anwar yang berligar dalam kerajaan dan bekas teman karib sendiri.
Ketika ramai terpinga-pinga dengan pukulan itu, bekas Ketua Angkatan Muda KeADILan, Mohd Ezam Mohd Nor pula tiba-tiba tampil. Ahli baru Umno seumur hidup itu pula mahu orang ramai tidak termakan dengan cerita konspirasi Anwar.
Dengan mengambil alih peranan Perdana Menteri, Ezam cuba mengupas isu tersebut.
Adakah dalam situasi sekarang Ezam sudah menjadi pembantu setia Presiden Umno.
Ezam juga mulai bercakap soal agama, dengan mengatakan segala dakwaan Anwar menuduh konspirasi, bercanggah dengan ajaran Islam.
Ada orang kampung bertanya pihak yang mencipta skrip menuduh Anwar pada 1998 tidakkah bercanggah dengan Islam, kerana ia dipertahankan Ezam sehingga terpaksa merengkok dalam ISA.
Bagi Setiausaha Badan Perhubungan KeADILan Kelantan, Mohd Makhatar Che Harun konspirator yang muncul kali ini mengejutkan seketika. Inilah wajah politik desperado di Malaysia. Silapnya Anwar kerana mudah percaya budak yang tidak kenal batang hidup dibawa ke pejabat KeADILan, ujarnya.
Dalam bahasa politik dan sosiologi disebut divide and rule. Bahasa Latin divide et impera atau divide and conquer.
Umno dan BN dikatakan terpaksa menggunakan teori itu, semata-mata mahu menggagalkan Pakatan yang semakin mengesot ke Putrajaya.
Tilam mana pula bakal diusung kali ini.
Maka isu liwat biar pun ternyata pernah gagal, kini menjadi senjata ampuh. Bagi mereka musnah karier Anwar bermakna gocanglah Pakatan.
Sedangkan pemimpin Pakatan seumpama cendawan, tumbuh merata selepas hujan. - mj _
BUKTI DAH ADA,BILA NAK DIDAKWANYA???
Azamin Amin Thu Jul 03, 08 4:23:47 pm MYT
KUALA LUMPUR, 3 Julai (Hrkh) - Penyiasat persendirian Abdul Razak Baginda, Balasubramaniam Perumal telah membuat pendedahan mengejutkan melalui satu surat akuan bersumpah berkaitan hubungan di antara Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib dan Altantuya Sharibuu. -->
Surat Akuan bersumpah yang dibuat pada 1 Julai lalu di hadapan Pesuruhjaya Sumpah di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur itu turut menyatakan secara terperinci perbincangan di antara Bala dengan Razak tentang Altantuya dan hubungannya dengan Najib sebelum terjadinya pembunuhan pada malam itu.
Pendedahan itu dibuat dalam sidang media bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim, di ibu pejabat KeADILan, Petaling Jaya tengah hari ini tadi dan hadir sama dalam sidang media itu pemimpin KeADILan, Tian Chua, Sivarasah, Saifuddin Nasition, Azmin Ali serta kelihatan bersama-sama pihak media ialah Raja Petra Kamaruddin.
Dakwaan-dakwaan tersebut terkandung dalam akaun berkanun yang dicetak dalam bahasa Inggeris setebal 16 halaman itu turut diedarkan kepada wartawan dalam dan luar negara.
Antara dakwaan Bala dalam surat akuan itu ialah, Razak telah memaklumkan kepadanya bahawa Najib telah memperkenalkan Altantuya yang dikenali sebagai 'Aminah' kepada Razak di Pameran Berlian di Singapura.
Selain itu Najib didakwa telah memberitahu Razak bahawa beliau telah melakukan hubungan seks dengan Altantuya dan memberitahu Bala bahawa ketiga-tiga mereka, Najib, Razak dan Altantuya telah bersama-sama menghadiri makan malam di Paris.
Dalam surat akuan itu juga, Altantuya juga dikatakan telah meminta wang sebanyak 500,000.00 dollar Amreika sebagai komisen terhadap perjanjian Kapal Selam di Paris.
Bala yang berpangalaman sebagai anggota polis semenjak tahun 1981 telah ditahan polis di awal siasatan kes berprofil tinggi itu dan mendakwa keterangannya mengenai Najib telah tidak dimasukkan dalam kenyataan beramarannya.
Tujuan akuan bersumpah itu dibuat adalah kerana beliau kecewa dan tidak berpuas hati dengan tahap penyiasatan yang dikendalikan oleh pihak berkuasa dalam berkaitan pembunuhannya itu dan butiran-butiran termasuk hubungan Najib-Altantuya yang disebut adalam akuan terbabit tidak pernah dibangkitkan dalam perbicaraan kes tersebut, kata Bala.
"Kenapa saya di tahan di dalam lokap pada awalnya selama tujuh hari sedang sepatutnya mereka hanya perlu mengambil kenyataannya saya sahaja malah saya di dakwa atas seksyen penal code 302 ?" katanya yang turut ditemani oleh peguammnya.
Ketika di tanya sama ada beberapa dakwaan yang di sebut itu adalah benar, peguam beliau menjawab bahawa apa yang terkandung dalam akuan bersumpah itu antaranya adalah percakapan atau maklumat yang disampaikan oleh Razak Baginda kepada Bala.
"Bala tidak boleh menentukan bahawa apa yang dikatakan oleh Razak itu benar atau sebaliknya. Perkara itu hanya boleh ditentukan di mahkamah," katanya.
Sementara itu Bala juga mendedahkan bahawa Najib telah memberitahu Abdul Razak bahawa Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan akan "menguruskan" kes bunuh yang membabitkan rakan rapatnya.
Beliau juga mendedahkan bahawa Abdul Razak telah menghantar SMS kepada Najib pada hari beliau ditahan berhubung siasatan pembunuhan Altantuya dan telah menerima jawapan daripada Najib yang menyatakan "beliau telah bercakap dengan ketua polis negara".
Balasubramaniam berkata, dalam jawapannya itu, Najib telah memberitahu Abdul Razak bahawa "perkara itu akan diuruskan oleh ketua polis negara".
Pegawai penyiasat itu juga mendedahkan bahawa beliau telah memberitahu semua itu kepada polis ketika mereka mengambil kenyataannya, tetapi terperanjat kerana semua bahagian yang membabitkan Najib, tidak dimasukkan dalam kenyataan tersebut.
Anwar dalam sidang media itu turut menyatakan bahawa terdapat arahan daripada pihak-pihak tertentu supaya pihak media tidak membangkitkan nama 'Najib' dalam pemberitaan mereka.
"Saya dapat tahu, media arus perdana di arahkan untuk tidak menyiarkan berita yang ada hubung kait dengan Najib," kata Anwar.
Anwar juga menyatakan bahawa Najib menganggap bahawa beliau dan Raja Petra sedang merancang untuk menjatuhkan karier politik beliau sedangkan perkara itu tidak berlaku malah ianya bukanlah satu serangan peribadi atau pembalasan dendam. _ -->