Friday, August 29, 2008

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK

SELAMAT MENYAMBUT
BULAN RAMADHAN AL MUBARAK
1/9/2008
bersamaan
1 Ramadhan 1429H

SELAMAT HARI MERDEKA KE - 51

Sudirman
31 Ogos
Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdekaIa pasti menjadi sejarah
Tanggal 31Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka
Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

EXCLUSIVE.....




LANGKAWI TRIP (15-18 Ogos 2008)

PENGINAPAN - KONDO ISTANA

BERAS TERBAKAR







NUSANTARA MAJU (PRODUK GAMAT)




LANGKAWI CABLE CAR








PANTAI PASIR HITAM

JETI KUALA PERLIS - LANGKAWI



ANJURAN : PEGAWAI FELDA AIR TAWAR 5

PESERTA : 31 orang
TARIKH : 15 - 18 OGOS 2008

TEMPAT LAWATAN :

1) Beras Terbakar
2) Langkawi Cable Car
3) Pantai Pasir Hitam
4) Underwater World
5) Makam Mahsuri
6) Nusantara Maju(Produk Gamat)

7) HJ ISMAIL GROUP & Idaman Suri


ROMBONGAN KELUARGA

Thursday, August 21, 2008

PUNGUTAN PINGAT OLIMPIK BEIJING 2008 - 20 Ogos 2008


klik kat keratan...
Pingat Perak Malaysia disumbangkan oleh Datuk Lee Chong Wei(badminton individu)......

Wednesday, August 13, 2008

KASIH IBU TIDAK TERNILAI...

Ciri2 IBU sejati

Kasih sayangnya menyerlah
Ibu yang sejati di dalam Islam akan memberi kasih sayang bukan saja dalam bentuk belaian dan kemanjaan tapi didikan. Di samping keperluan fizikal anaknya dipenuhi, keperluan rohani turut diisi. Kerana tingginya kasih sayang ibu ini, dia mengharapkan kejayaan yang berkekalan buat anaknya. Justeru, anak itu dididik dan dibentuk peribadinya mengikut kehendak Allah supaya terjamin masa depannya di dunia dan di akhirat.

Prihatin dan ambil berat
Kadangkala bagi anak yang dewasa, ibu masih prihatin, mengambil berat dan mengambil tahu mengenai anaknya.

Halus perasaan
Ibu yang sejati dapat membaca pergolakan jiwa anaknya hanya dengan melihat air muka dan tingkah laku si anak. Perasaannya terhadap anaknya begitu halus. Sejak kecil anak itu di bawah pengawasannya membuatkan ibu arif dengan ‘bahasa badan’ anaknya.

Suka beri nasihat
Sifat seorang ibu sejati memang suka dan sentiasa memberi nasihat kepada anaknya. Oleh itu, dia selalu menjadi kaun selor dan tempat rujuk anak-anaknya. Sifat suka memberi nasihat ini didorong oleh keinginan melihat anaknya mendapat yang terbaik dalam hidup.

Sangat sabar dan berlapang dada
Daripada wajah seorang ibu, sudah dapat dibaca sifat sabar dan lapang dadanya. Bukan dia tidak pernah marah tapi dia pandai dan mampu mengawal perasaan. Seorang ibu tidak pernah menunjuk rasa tidak senang atau marah walaupun ada antara anak-anak pernah menyinggung perasaannya. Itulah ibu sejati.

Lembut tetapi tegas
Wataknya boleh disesuaikan iaitu ada ketika dia berlembut dan pada ketika yang lain, dia perlu tegas dan tidak boleh memberi muka.Namun ketika tegas, sifat kelembutannya masih terjaga. Dia tegas bila membabitkan soal disiplin, peraturan atau perintah Allah, tapi wataknya yang lembut tidak pula bertukar keras dan kasar.

Suka meraikan
Walaupun anak-anak besar dan masing-masing berkeluarga, seorang ibu yang tinggi sifat keibuannya masih suka meraikan serta melayan keinginan anaknya. Apabila anak pulang bercuti misalnya, dia akan turun ke dapur menyediakan makanan kegemaran si anak. Jika anak-anak ramai, dia akan memberi perhatian pada setiap anak. Dia mahu anak-anaknya selesa dan memenuhi keperluan mereka sehinggakan dia sering mendahulukan keperluan serta keinginan anak-anak daripada keperluan dan kein ginannya sendiri. Malah, dia sanggup mengorbankan keinginannya sema ta-mata untuk memberi yang terbaik kepada anak-anak.

Tidak pilih kasih
Tidak ada di kalangan anak-anak yang berasa dirinya kurang disayangi. Selain anak-anak sendiri, sifat menyamaratakan kasih sayang ini dapat dilihat pada layanannya kepada anak orang lain. Menerusi kekuatan sifat keibuannya, seorang ibu dapat membentuk dan mencorak anak-anak di rumah, mencorak anak-anak didiknya di sekolah jika dia seorang guru atau membentuk ‘anak-anak’ di pejabat jika dia seorang ketua pejabat. Tiada suatu formula ideal membentuk anak-anak cemerlang kerana setiap anak itu memiliki keistimewaannya tersendiri yang dianugerahkan Allah.

Friday, August 8, 2008

RONALDO TAK JADI PINDAH

MANCHESTER: Penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo menamatkan spekulasi perpindahan paling kontroversi dengan mengambil keputusan untuk terus bersama juara Eropah, Manchester United, musim depan sekali gus mengecewakan usaha Real Madrid untuk mendapatkannya.Pengurus Manchester United, Alex Ferguson menyedari bahawa penjaring gol berbakat itu bakal berdepan kecaman daripada penyokong pasukan, mempertahankan Ronaldo yang meminta maaf kerana menimbulkan kekecohan antara kedua-dua kelab.Biarpun mengesahkan kesetiaannya kepada pasukan juara Eropah dan Liga Perdana Inggeris untuk musim depan, bintang Portugal itu masih menyimpan impian beraksi di Sepanyol, sambil berkata dia menganggap rekod yuran perpindahan termahal dunia yang ditawarkan Real Madrid tetapi ditolak United sebagai ganti rugi munasabah bagi perpindahannya.“Saya tidak akan menjadi hipokrit dan berkata sebaliknya daripada apa yang saya fikirkan, seperti yang dilakukan pemain lain,” Ronaldo dilaporkan sebagai berkata kepada akhbar Portugal, Publico.
“Apa saya katakan sama seperti saya fikirkan. Saya mempunyai impian untuk bermain bersama Real dan saya fikir inilah masanya untuk berpindah. Orang ramai tidak boleh kecewa jika saya ingin memenuhi impian masa kecil,” katanya.
Sepanjang isu perpindahan itu yang dilihat cuba diapi-apikan oleh Ronaldo, Ferguson mengawal kemarahannya terhadap Madrid dan cuba melindungi aset bernilainya itu.Ferguson bersimpati dengan pengumuman Ronaldo apabila berhasrat mahu kekal bersama pasukan itu dan meminta peminat mengetahui mengapa Ronaldo mahu berpindah ke Madrid dan menaikkan gaji mingguannya kepada £120,000 (RM780,000). - AP

Wednesday, August 6, 2008

ADAKAH ANDA TAHU????


Adakah anda tahu??

1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..

2. bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.

3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses.

5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan.

6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..

7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain.

9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh.Sensor nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan dimana mangsa berada.

10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman berterbangan ketiki anda menggunakan flush tandas.

11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan 12345678987654321.

12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.

13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.

14. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.

15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.

16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.

17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.

18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.

19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.

20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun.

21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.

22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.

23. terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk-penduduknya.

24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.

25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.

26. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10 tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa(10 tahun untuk bahagian bibirnya sahaja)

27. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah 'flutterby'.

28. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita sendiri.

29. Tahukah anda senarai ini tiada no 8.

30. Dan kebanyakan pembacanya membaca fakta ini semasa waktu office... Pelik bukan!

31. Anda pasti menyemak kembali senarai ini sekali lagi untuk mengesahkan tiada no 8. kan? kekekekeee...!!! OK dah pegi buat keja kekeke

Tuesday, August 5, 2008

IBU

Orang kata aku lahir dari perut ibu..


Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu


Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu


Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Ibu


Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. Ibu


Bila nangis, orang pertama yang datang ..Ibu


Bila nak bermanja.. Aku dekati ibu


Bila nak bergesel? Aku duduk sebelah ibu


Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu


Bila nakal, yang memarahi aku ? Ibu


Bila merajuk? yang memujukku cuma.. Ibu
Bila melakukan kesalahan? Ibu juga lah yang paling cepat marah..

Bila takut? Yang tenangkan aku.. Ibu


Bila nak peluk? Yang aku suka peluk.. Ibu


Aku selalu teringatkan .. Ibu


Bila sedih, aku mesti telefon ibu


Bila seronok? Orang pertama aku nak beritahu? Ibu


Bila bengang.. Aku suka luah pada ..Ibu


Bila takut, aku selalu panggil.. ? Ibuuuuuuuuuuuuu! !


Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu


Bila nak exam, orang paling sibuk juga ibu


Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu


Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu


Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu


Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu


Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu


Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu


Yang selalu berleter kat aku.. Ibu


Yang selalu puji aku.. Ibu


Yang selalu nasihat aku.. Ibu


Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk? Ibu



Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok? Aku cari pasanganku


Bila sedih? Aku cari Ibu


Bila berjaya? Aku ceritakan pada pasanganku


Bila gagal? Aku ceritakan pada Ibu


Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku


Bila berduka, aku peluk erat ibuku


Bila nak bercuti? Aku bawa pasanganku


Bila sibuk? Aku hantar anak ke rumah ibu


Bila sambut hari istimewa..Aku hadiahi bunga pada pasanganku


Bila sambut hari ibu...Aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu Selalu......


..Aku ingat pasanganku Selalu.....Ibu ingat kat aku


Bila....Bila. ....Aku akan talipon pasanganku


Entah bila....Aku nak talipon ibuSelalu....Aku belikan hadiah untuk pasanganku


Entah bila.....Aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan :-
'Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja. Bolehkah kau kirim wang untuk ibu? Ibu bukan nak banyak. Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah' Berderai air mata aku. Hari ini kalau ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi. Bukan lima puluh ringgit. Lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Al-fatihah, al-fatihah, al-fatihah.

Tuan PG

Monday, August 4, 2008

INFO - Enzim Sampah


Klik di keratan.....klu nk lg besar..

INFO - Serangga Membawa Penyakit



Klik di keratan,klu nk lg besar....

ALASAN TAMATKAN ZAMAN BUJANG

Antara 12 alasan golongan lelaki bersedia mengakhiri zaman bujang:

Pelengkap hidup
Lelaki merasakan bahawa setiap fasa hidup yang mereka tempuhi sudah menghampiri ke tahap yang sempurna. Mempunyai pekerjaan yang tetap, kewangan yang mencukupi dan memiliki pasangan yang serasi, membuatkan mereka memikirkan masa depan yang lebih bahagia dengan sebuah ikatan perkahwinan.

Hidup lebih terurus
Mungkin selama ini dia kurang mendapat perhatian daripada orang tuanya. Semua perkara yang diperlukan, dinikmati seorang diri. Sehingga dia memerlukan seseorang yang mampu membuatkan dirinya berasa nyaman dan dapat memenuhi setiap keperluan hariannya.

Kewangan yang mantap
Dia telah mempunyai sumber kewangan yang tetap yang dianggap sebagai modal untuk mengharungi alam rumah tangga bersama pasangan yang dicintai.

Bosan hidup membujang
Bagi lelaki yang sudah puas mengharungi pahit dan manis selama hidup membujang, pernikahan adalah solusi terakhir yang dianggap tepat untuk mereka keluar dari situasi kebosanan.
Walaupun kenikmatan hidup membujang membuatkan dia berasa dirinya aman dan tiada kongkongan hidup, tetapi lama-kelamaan, dia akan merasakan hidupnya kosong tanpa wanita di sisi.

Terlalu menyintai
Saat merasa cintanya terlalu mendalam terhadap pasangannya, hatinya menjadi semakin egois untuk memiliki kamu, kekasih paling disayangi.
Untuk memastikan pasangannya tidak berpaling tadah terhadap lelaki lain, jalan terbaik yang harus ditempuhi adalah dengan memutuskan alasan untuk menikah. Dalam hati kecilnya, pasti menyedari bahawa hidup tanpa si dia seperti tinggal di dalam dunia yang tidak penghuni.

Sudah bersedia
Dari segi mental dan fizikalnya, dia merasakan sudah bersiap sedia untuk melanjutkan hubungan ke alam pernikahan. Bagi lelaki, mereka memerlukan masa untuk membuat persiapan mental sebelum memasuki ke gerbang perkahwinan.

Ingin punyai keturunan
Seperti juga kaum wanita, sebahagian besar lelaki menginginkan keturunan yang boleh dibanggakan.

Cepatkan hubungan intim
Hubungan cinta yang dijalinkan sejak sekian lama begitu menguji kesetiaan dan pemikiran pasangan bercinta. Bagi mereka, bertengkar dan cemburu sememangnya menjadi fitrah dalam kehidupan seharian. Disebabkan itu juga, mereka memutuskan untuk bernikah selain dapat mengukuhkan hubungan intim.

Secocok
Mereka merasakan kamu dan dirinya seperti kepingan puzzle yang saling melengkapi. Mempunyai minat dan hobi yang sama, tahu akan karakter masing-masing dan pandai menyingkap setiap persoalan di antara kamu berdua. Baginya, tiada orang lain yang dapat memahami dirinya selain kamu, kekasih sejati.

Desakan orang tua
Sekadar memenuhi tuntutan orang tua, membuatkan seorang lelaki mengajak pasangannya berkahwin. Hal ini antara lain adalah kerana orang tuanya sudah uzur dan tidak sabar melihat anaknya hidup bahagia di samping cucu-cucu mereka atau melihat anaknya sudah secocok dengan pasangannya.

Desakan kekasih
Lelaki akan berasa tercabar sekiranya mereka dipaksa melakukan sesuatu perkara yang dianggap belum bersedia.
Tetapi, ada juga lelaki yang dipaksa dan akhirnya dia menerima dengan sebulat hati, tanpa ada sebarang alasan.

NOOR HASLIZA NUSI

INFO - Tips Melakukan Perbincangan Mengenai SEKS


Klik di keratan....

INFO - Ciri2 Perogol


Klik di keratan.....

INFO - Jualan Motosikal


Klik di keratan.....