Thursday, June 5, 2008

KENAIKAN HARGA MINYAK.....









Kerajaan umum harga petrol naik 78 sen, diesel NAIK RM 1
Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikkan harga petrol sebanyak 78 sen - satu pertambahan besar dari RM1.92 sekarang kepada RM2.70.
Manakala harga minyak diesel pula naik kepada RM2.50 - naik 92 sen berbanding harga sekarang sebanyak RM1.58 seliter.
Menurut laporan Malaysiakini, kenaikan sebanyak 41 peratus bagi petrol dan 58.2 peratus bagi diesel akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.
Kenaikan harga itu adalah sebahagian daripada langkah kerajaan untuk mengawal subsidi bagi menampung kenaikan petrol, diesel dan gas, yang dijangka berjumlah RM56 bilion tahun ini.
Kerajaan juga mengumumkan pemberian rebet kepada pengguna kenderaan.
Mengikut skim tersebut tersebut, kenderaan di bawah 2000cc akan menerima RM625 setahun - rebat bagi 800 liter di bawah harga baru.
Pemilik motosikal pula akan diberi rebet RM120. Bayaran akan dibuat melalui wang pos.
Difahamkan rebet tersebut akan dibayar apabila pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka.
Kerajaan dijangka menjimatkan RM4 bilion di bawah penstrukturan semula skim subsidi tersebut.
Jika harga petrol dijual mengikut harga penuh pasaran, ia boleh mencecah setinggi hampir RM4 seliter - naik 100 peratus.
Bagaimanapun, kerajaan dijangka menuju ke arah memansuhkan terus pemberian subsidi pada masa depan.
HHHuuuuuuaaaaaa.........apa dh jd ni?xkanlh nk pi keje naik basikal.....apasal naik 40% je,naikkan lah 100%...myusahkan je.....saintis2 sume tlg wat kajian pggunaan air tuk gantikan mnyak...blh ke?torai.....mcekik tul r kerajaan ni.....knp bgtu mendadak sgt naik?semua naik.......ini skim penstrukturan semula yg myusahkan.....org atasan blh r ckp kt sama2 tampung n terima,rakyat bawahan cmne?btul ke org atasan tu bjuang brsama rkyat????abis sume subsidi........
Pnjam kate nabil 'raja lawak' jap......LU PIKIRLAH SENDIRI!!!!askum.....


No comments: