Wednesday, August 6, 2008

ADAKAH ANDA TAHU????


Adakah anda tahu??

1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..

2. bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.

3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses.

5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan.

6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..

7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain.

9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh.Sensor nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan dimana mangsa berada.

10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman berterbangan ketiki anda menggunakan flush tandas.

11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan 12345678987654321.

12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.

13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.

14. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.

15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.

16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.

17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.

18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.

19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.

20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun.

21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.

22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.

23. terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk-penduduknya.

24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.

25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.

26. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10 tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa(10 tahun untuk bahagian bibirnya sahaja)

27. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah 'flutterby'.

28. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita sendiri.

29. Tahukah anda senarai ini tiada no 8.

30. Dan kebanyakan pembacanya membaca fakta ini semasa waktu office... Pelik bukan!

31. Anda pasti menyemak kembali senarai ini sekali lagi untuk mengesahkan tiada no 8. kan? kekekekeee...!!! OK dah pegi buat keja kekeke

Tuesday, August 5, 2008

IBU

Orang kata aku lahir dari perut ibu..


Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu


Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu


Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Ibu


Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. Ibu


Bila nangis, orang pertama yang datang ..Ibu


Bila nak bermanja.. Aku dekati ibu


Bila nak bergesel? Aku duduk sebelah ibu


Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu


Bila nakal, yang memarahi aku ? Ibu


Bila merajuk? yang memujukku cuma.. Ibu
Bila melakukan kesalahan? Ibu juga lah yang paling cepat marah..

Bila takut? Yang tenangkan aku.. Ibu


Bila nak peluk? Yang aku suka peluk.. Ibu


Aku selalu teringatkan .. Ibu


Bila sedih, aku mesti telefon ibu


Bila seronok? Orang pertama aku nak beritahu? Ibu


Bila bengang.. Aku suka luah pada ..Ibu


Bila takut, aku selalu panggil.. ? Ibuuuuuuuuuuuuu! !


Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu


Bila nak exam, orang paling sibuk juga ibu


Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu


Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu


Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu


Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu


Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu


Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu


Yang selalu berleter kat aku.. Ibu


Yang selalu puji aku.. Ibu


Yang selalu nasihat aku.. Ibu


Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk? Ibu



Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok? Aku cari pasanganku


Bila sedih? Aku cari Ibu


Bila berjaya? Aku ceritakan pada pasanganku


Bila gagal? Aku ceritakan pada Ibu


Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku


Bila berduka, aku peluk erat ibuku


Bila nak bercuti? Aku bawa pasanganku


Bila sibuk? Aku hantar anak ke rumah ibu


Bila sambut hari istimewa..Aku hadiahi bunga pada pasanganku


Bila sambut hari ibu...Aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu Selalu......


..Aku ingat pasanganku Selalu.....Ibu ingat kat aku


Bila....Bila. ....Aku akan talipon pasanganku


Entah bila....Aku nak talipon ibuSelalu....Aku belikan hadiah untuk pasanganku


Entah bila.....Aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan :-
'Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja. Bolehkah kau kirim wang untuk ibu? Ibu bukan nak banyak. Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah' Berderai air mata aku. Hari ini kalau ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi. Bukan lima puluh ringgit. Lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Al-fatihah, al-fatihah, al-fatihah.

Tuan PG

Monday, August 4, 2008

INFO - Enzim Sampah


Klik di keratan.....klu nk lg besar..

INFO - Serangga Membawa Penyakit



Klik di keratan,klu nk lg besar....

ALASAN TAMATKAN ZAMAN BUJANG

Antara 12 alasan golongan lelaki bersedia mengakhiri zaman bujang:

Pelengkap hidup
Lelaki merasakan bahawa setiap fasa hidup yang mereka tempuhi sudah menghampiri ke tahap yang sempurna. Mempunyai pekerjaan yang tetap, kewangan yang mencukupi dan memiliki pasangan yang serasi, membuatkan mereka memikirkan masa depan yang lebih bahagia dengan sebuah ikatan perkahwinan.

Hidup lebih terurus
Mungkin selama ini dia kurang mendapat perhatian daripada orang tuanya. Semua perkara yang diperlukan, dinikmati seorang diri. Sehingga dia memerlukan seseorang yang mampu membuatkan dirinya berasa nyaman dan dapat memenuhi setiap keperluan hariannya.

Kewangan yang mantap
Dia telah mempunyai sumber kewangan yang tetap yang dianggap sebagai modal untuk mengharungi alam rumah tangga bersama pasangan yang dicintai.

Bosan hidup membujang
Bagi lelaki yang sudah puas mengharungi pahit dan manis selama hidup membujang, pernikahan adalah solusi terakhir yang dianggap tepat untuk mereka keluar dari situasi kebosanan.
Walaupun kenikmatan hidup membujang membuatkan dia berasa dirinya aman dan tiada kongkongan hidup, tetapi lama-kelamaan, dia akan merasakan hidupnya kosong tanpa wanita di sisi.

Terlalu menyintai
Saat merasa cintanya terlalu mendalam terhadap pasangannya, hatinya menjadi semakin egois untuk memiliki kamu, kekasih paling disayangi.
Untuk memastikan pasangannya tidak berpaling tadah terhadap lelaki lain, jalan terbaik yang harus ditempuhi adalah dengan memutuskan alasan untuk menikah. Dalam hati kecilnya, pasti menyedari bahawa hidup tanpa si dia seperti tinggal di dalam dunia yang tidak penghuni.

Sudah bersedia
Dari segi mental dan fizikalnya, dia merasakan sudah bersiap sedia untuk melanjutkan hubungan ke alam pernikahan. Bagi lelaki, mereka memerlukan masa untuk membuat persiapan mental sebelum memasuki ke gerbang perkahwinan.

Ingin punyai keturunan
Seperti juga kaum wanita, sebahagian besar lelaki menginginkan keturunan yang boleh dibanggakan.

Cepatkan hubungan intim
Hubungan cinta yang dijalinkan sejak sekian lama begitu menguji kesetiaan dan pemikiran pasangan bercinta. Bagi mereka, bertengkar dan cemburu sememangnya menjadi fitrah dalam kehidupan seharian. Disebabkan itu juga, mereka memutuskan untuk bernikah selain dapat mengukuhkan hubungan intim.

Secocok
Mereka merasakan kamu dan dirinya seperti kepingan puzzle yang saling melengkapi. Mempunyai minat dan hobi yang sama, tahu akan karakter masing-masing dan pandai menyingkap setiap persoalan di antara kamu berdua. Baginya, tiada orang lain yang dapat memahami dirinya selain kamu, kekasih sejati.

Desakan orang tua
Sekadar memenuhi tuntutan orang tua, membuatkan seorang lelaki mengajak pasangannya berkahwin. Hal ini antara lain adalah kerana orang tuanya sudah uzur dan tidak sabar melihat anaknya hidup bahagia di samping cucu-cucu mereka atau melihat anaknya sudah secocok dengan pasangannya.

Desakan kekasih
Lelaki akan berasa tercabar sekiranya mereka dipaksa melakukan sesuatu perkara yang dianggap belum bersedia.
Tetapi, ada juga lelaki yang dipaksa dan akhirnya dia menerima dengan sebulat hati, tanpa ada sebarang alasan.

NOOR HASLIZA NUSI

INFO - Tips Melakukan Perbincangan Mengenai SEKS


Klik di keratan....

INFO - Ciri2 Perogol


Klik di keratan.....

INFO - Jualan Motosikal


Klik di keratan.....

Monday, July 28, 2008

NAMUNKU PUNYA HATI....






Lokasi : Felda Papan Timur
Masa : Sabtu (8.00 pg - 10.00 mlm)
Anjuran : GPW Papan Timur
Acara : Kejohanan Futsal & Karaoke

Ini adalah kanak2 istimewa yg diambil gambarnya semasa pertandingan Futsal & Karaoke anjuran GPW Papan Timur...Acara mewarna dan melukis turut diadakan bagi kanak2 berkenaan....Rasa sedih sgt bl melihatkan gelagat mereka ini.....Sebak ati ni.....dan tergerak atiku untuk mengambil gambar mereka semua.......Timbul rasa keinsafan.....Mudah2an mereka tidak disisihkan masyarakat......
Dan bagi mereka yang sempurna sifatnya,renungkanlah lirik lagu di bawah.....

Freddie Fernandez
Namun Ku Punya Hati

Senyum mu tak seghairah
Gerak gaya tidak selincah
Mata ku tak seayu
Kicau burung pun tak semerdu

Namun ku punya hati
Juga gaya ku perasaan
Hidup ku yang begini
Kadar waktu diizin Tuhan

Tidak ku minta lahir ke dunia
Tidak ku duga cacat begini
Bukan ku minta kasih dan manja
Bukan ku rayu bantu simpati

Maafkan wahai teman
Ku menumpang di sudut dunia
Mencari ketenangan
Sampai masa ku pergi jua

Friday, July 25, 2008

POTONG LAAA......

PINTU DAN HALANGAN

15 Pintu syaitan Yang Ada Di Dalam Diri Kita

- Pintu marah
- Cinta dunia
- Kebodohan(keengganan menghadiri majlis ilmu)
- Panjang angan-angan
- Rakus
- Bakhil
- Suka pada pujian
- Riak
- Uujub (merasa kagum)
- Takut dan gelisah
- Buruk sangka
- Memandang rendah pada orang lain
- Merasa suka pada dosa
- Merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
- Putus asa daripada rahmat "ALLAH"

15 Senjata Menghalang Syaitan

- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
- Banyakkan bezikir
- Banyakan Beristigfar
- Baca "la i' la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min"
- Jangan tidur berseorangan
- Baca doa pagi dan petang
- Bersugi
- Melaksanakan solat jemaah
- Berwudhuk sebelum tidur
- Menutup aurat
- Membaca doa masuk tandas.
- Banyak berselawat pada hati
- Bertaubat, beristighfar
- Banyakan baca Al-Quran
- Membaca surh Yassin setiap pagi

Rumah Yang Tidak Dimasuki Syaitan

- Rumah yang bersih
- Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah
- Sentiasa berzikir(ahli rumah menegakkan solat)
- Panghuninya jujur dan memenuhi janji
- Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya halal)
- Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)
- Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa.

Wednesday, July 23, 2008

FUTSAL 4 KE PERINGKAT KE-2











LOKASI : SOCCER XTREME LARKIN
KEJOHANAN : FUTSAL I-METRO ZON SELATAN
TARIKH : 18 - 20 JULAI 2008

WALAUPUN HANYA MARA DI PERINGKAT KE 2 KEJOHANAN FUTSAL I-METRO ZON SELATAN,TETAPI KEJAYAAN TU MMG CKUP MANIS APATAH LAGI UMUR PASUKAN YANG X SAMPAI SETAHUN DITUBUHKAN....BANYAK ROMBAKAN YG DIBUAT NK BG TEAM POWER KATAKAN....DENGAN SEMANGAT JUANG YG ADA KT ORG BERMAINLAH BERTUNGKUS LUMUS BG LAYAK KE PERINGKAT SETERUSNYA....PADA PERINGKAT KUMPULAN,FUTSAL 4 BERJAYA MENGATASI LAWAN MASING2 DAN MENJADI JUARA KUMPULAN.....SERI DGN CILI FC (1 - 1) DAN MENANG KE ATAS MARINE FC (2 - 1)....BILA MASUK PUSINGAN KE 2 KTA ORG KALAH DENGAN CHAI FC (1 - 0)KESAL X SDH R...SBB KT ORG ADA SEMANGAT MELAWAN....KALAH TIPIS JE.....SEDIH...HHUUUAAARRHHHH....APA2 PUN KT DH BERUSAHA......INSYAALLAH MGGU NI ADA PERLAWANAN FUTSAL KAT PASIR GUDANG (26-27 JULAI 08).....KLU JD KTA ORG JOIN R....C U LAGI.......