Thursday, June 26, 2008

NAJIB NAFI AKUAN BERSUMPAH RAJA PETRA

Wan Nordin Wan Yaacob Wed Jun 25, 08 1:16:40 pm MYT
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Hrkh) - Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini menafikan dakwaan dalam akuan bersumpah Raja Petra Kamarudin berhubung pembabitannya dan isteri, Rosmah Mansor dalam pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu.
Najib ketika mengadakan sidang medianya hari ini menafikan bahawa isterinya itu terbabit dalam pembunuhan Altantuya
Begitupun ujar Najib, Rosmah telah dipanggil memberi kenyataan kepada polis ekoran dakwaan terbaru dalam akuan bersumpah Raja Petra itu.
Najib mendakwa apa yang ditulis oleh Raja Petra adalah satu pembohongan semata-mata sambil menyifatkan ia sebagai satu tindakan terdesak untuk mencemarkan imej politik beliau.
Sebelum ini, pengendali laman web Malaysia-today.net itu dalam akuan bersumpahnya pada 18 Jun lalu, mendakwa isteri Timbalan Perdana Menteri bersama dua lagi berada di tempat kejadian sebelum wanita Mongolia itu diletupkan.
Najib dan isterinya beberapa kali menafikan pembabitan mereka dengan kes ini, yang masih dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Sementara itu semalam, Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menafikan ada menerima laporan bertulis daripada perisikan tentera mengenai mereka yang terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya.
"Memang saya concern (dengan dakwaan penulis Malaysia-Today Raja Petra Kamarudin). Perbuatan Raja Petra itu tidak boleh diterima. Sebab apa yang dia nyatakan itu adalah sesuatu yang tidak betul.
"Terutamanya dalam surat itu (akuan berkanun Raja Petra) disebut yang saya dah diberi satu laporan mengenainya dari pihak perisikan tentera.
"Itu tak betul," katanya Abdullah dalam satu sidang medianya di Parlimen semalam._

Wednesday, June 18, 2008

TIDAK BERJAYA!!!!!


Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke IPTA

NO. KAD PENGENALAN / MYKAD : 861103236273
NAMA: MOHD HIZAMI BIN ZAINAL ABIDIN
KATEGORI: E - Kategori Diploma/Setaraf Aliran Sastera

Dukacita dimaklumkan bahawa anda TIDAK BERJAYA dalam permohonan kemasukan ke IPTA Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf bagi Sesi Akademik 2008/2009
Aplikasi e-Rayuan : https://online2.mohe.gov.my/erayuanstpm/index.phpSemua urusan rayuan perlu melalui Aplikasi e-Rayuan ini yang akan dibuka pada 19 Jun 2008 hingga 28 Jun 2008 mulai jam 08.30 pagi
Harap Maklum
Nak wat camne kan,dh x dpt....so kenalah keje rerajin.......mdh2an ada rezeki kt tmpt lain....
X dpt ni bknye sbb x pandai,tp adalah rezeki tu nnt....Sabo zamie......Byk2kn bdoa.....
Tq kt mmber2 yg bg semangat........Yg dpt, truskan usaha smpai peroleh ijazah....Yang x dpt mcm aku ni teruskan usaha bekerja.......Bukannye terus gelap dunia ni....Yg penting RAJIN....Daaaa

HAZELNUT...

Abu bagitau tunang dier Siti teringin nak jumpa nenek Siti. Satu hari,

Siti berkesempatan memperkenalkan Sam kepada neneknya.

Sambil duduk menunggu, Abu mengunyah kacang hazelnut sampai abis semangkuk.

Nenek Siti keluar lalu Abu bersalam dengan sopan santunnya sambil berkata,
"Maaflah nek, abis semangkuk hazelnut tu saya makan tadi."

Dengan selamba ala salesman budak-budak pakai tie jual calculator, nenek Siti berkata,

"Takpe, Siti memang suka sangat bawakan nenek coklat kacang hazelnut ni.

Gigi nenek takde dah, jadi nenek isap je la coklatnya.
Kacangnya nenek tinggalkan kat mangkuk tu."

KALAU SAMPAI IPOH

Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar.

Ibu itu berpesan pada pemandu bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di Ipoh... cakap pada anak saya.

" Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya.. "Sudah sampai Ipoh belom?"

Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya. Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni.. nanti kalau sampai saya akan kejutkan!

" Tapi si anak tidak mahu diam.. dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya, "Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?

" Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.. "Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh.. pasti dikejutkan..!

" Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi.. semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.

Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang.. "Encik-encik dan puan-puan sekalian.. bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini?

" Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh..

Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan. "Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu..

Si anak bangun dan berkata.. "Oh sudah sampai ya!" lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya..

Seluruh penumpang kehairanan... "Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan.

"Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus ni!"

AYAM PANGGANG

Razak pergi ke sebuah restoran kegemarannya dan memesan ayam panggang seekor..Beberapa minit kemudian pesanannya sampai... Tapi sedang dia menikmatinya makanannya.. pelayan yang lain menghampirinya dan berkata..

"Maaf, Encik... Itu sebenarnya pesanan lelaki yang ada di sana itu. Dan ini merupakan stok ayam terakhir yang kami ada... Maaf ya Encik.

"Razak menoleh ke arah lelaki yang ditunjuk, ternyata badannya besar dan gagah.. lalu berkata,"Kerana terlanjur sudah makan sedikit..jadi ayam ini milik saya. lagi pun saya juga membayarnya."

Sementara si pelayan restoran nampak kebingungan, lelaki gagah tadi dengan wajah marah sambil membawa pisau menghampiri Razak.

"Hai budak.. jangan sentuh lagi..!! Apapun yang akan engkau lakukan terhadap ayam itu akan aku lakukan juga terhadap engkau. Kalau kau potong kakinya, aku akan potong kaki engkau. Kalau engkau potong perutnya, aku akan potong juga perutmu. Pendek cerita.. apapun yang engkau lakukan, akan aku lakukan juga pada engkau."

Razak terdiam beberapa minit.. lalu perlahan-lahan Dia mengangkat ayamnya, membawa ke mulutnya dan menjilat bontot ayam tersebut...

MAT PUNK

Seorang orang tua sedang duduk di kerusi di sebuah taman bunga sambil menikmati udara petang.. Tiba-tiba seorang anak muda bergaya punk duduk di sebelah si atok tersebut...

Rambut anak muda itu dicat kuning dan hijau, sementara rambut-rambut yang berdiri dicat jingga dan ungu. Di sekeliling matanya diwarnakan hitam.

Orang tua itu lama menatap si punk tersebut...

Merasa terganggu dengan tatapan orang tua itu.. pemuda punk itu bertanya.. "Eh, pakcik.. kenapa tenung saya macam tu..? apakah dulu waktu muda pakcik tidak pernah buat kerja yang gila-gila?

" Setelah menarik nafas panjang... orang tua itu menjawab.. "Tentu saja pernah. Dulu aku pernah mabuk teruk.. dan ketika mabuk itulah aku merogol seekor burung kakatua. jadi sekarang ini aku keliru... jangan-jangan kamu adalah anakku."

SAKIT JIWA!!!

Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah jagung dan terlalu takut dengan ayam. Jika ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang pukang kerana menyangka ayam akan memakannya. Akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Setelah beberapa bulan, doktor pun melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti apakah dia telah pulih ataupun tidak.

Doktor : Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang?
Lelaki : Ya doktor.
Doktor : Siapa kamu sebenarnya.
Lelaki : Saya ini manusia doktor.
Doktor : Ya ke? Bukan jagung?
Lelaki : Bukan, saya manusia doktor.
Doktor : Kamu takut dengan ayam? Lelaki : Tidak doktor.
Doktor : Hmm..bagus. Nampaknya kamu dah sembuh.
Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan.
Doktor : Apa dia?
Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi manusia.
Doktor : "??$$??"

DALAKULA...

"Pada satu hari, Dracula dibunuh dan dia telah dibawa berjumpa ahli sihir.

Ahli sihir enggan membenarkan Drakula masuk ke dalam gengnya kerana dosa2 nya membunuh dan menghisap darah manusia.

Saya akan beri kamu satu lagi peluang untuk menebus semua dosa yg telah kamu lakukan" kata ahli sihir.

"Saya akan hantar kamu balik ke bumi, TETAPI kamu tidak akan berupa manusia. Kamu hanya akan dijelma ke "benda" bernyawa. Jadi apa yang kamu pilih..?", tanya ahli sihir.

Okay.. saya nak menjadi BENDA BERNYAWA YANG BERSAYAP DAN MENGHISAP DARAH,heh...heh...heh...".

Ahli sihir pun bersetuju dan menukar drakula menjadi KELAWAR PONTIANAK. Ke bumi dracula pergi, terbang ke sana sini sehingga suatu hari dia dibunuh oleh seorang pekebun. Sekali lagi dia dibawa menghadap ahli sihir.

"Saya akan memberi satu lagi peluang" kata ahli sihir.

"Saya akan hantarkan kamu balik ke bumi, tetapi bukan sebagai manusia atau kelawar. Jadi apa pilihan kamu?".

Dengan sipu2 Dracula ini menjawab "Saya nak jadi jugak BENDA HIDUP YANG BERSAYAP DAN MENGHISAP DARAH!".

Ahli sihir fikir sekejap dan kata "Kalau itu yg awak mahu" dan menukarkan Dracula menjadi NYAMUK. Ke bumi Dracula pergi, terbang ke sana sini menghisap darah haiwan sehingga suatu hari SPLAT! dia dibunuh oleh mangsanya.

Dracula terasa bodoh sangat bila berhadapan ngan ahli sihir buat kali ke-3. "Saya akan memberi awak peluang terakhir untuk bertaubat" kata ahli sihir "Tetapi KALI INI kamu hanya dapat menjadi BENDA YANG TIDAK BERNYAWA. So,apa dia kali ini?" Tanya ahli sihir.

Dracula yg masih degil ini menjawab, "ok, ok.. tolong tukarkan saya kepada BENDA TAK BERNYAWA, BERSAYAP DAN HISAP DARAH... heh.. heh.. heh..". "No problem" kata ahli sihir dan terus menukar Dracula menjadi Tuala Wanita WING MAXI PAD. heheheheheheeeee...

Datang Bulan

Ali dan teman-teman sekelasnya di tadika di tugaskan gurunya mencari sesuatu peristiwa menarik untuk di ceritakan dan di gambarkan keesokan harinya di sekolah. Keesokan harinya tiba giliran Ali untuk menggambarkan hal menarik yang di temuinya. Ia pun menggambarkan sebuah lingkaran yang di namainya " Datang Bulan. " Gurunya pelik dan menanyakan apa alasan Ali menganggap datang bulan adalah sesuatu peristiwa yang menarik. Ali pun menjawab dengan selamba." Saya sendiri bingung apa yang menarik tentang datang bulan. Yang jelas setelah kakak sulung saya menyatakan terlambat datang bulan selama tiga bulan, ayah saya tiba-tiba sakit jantung. Ibu pula menangis tak henti dan anak muda yang sewa di sebelah rumah bunuh diri."

CeRita HANtU..

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,
"Apsal kau ni asyik menggigil je?"
"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.
"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.
"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.
"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.
"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."
"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."
"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.
"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.
Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A.
Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,
"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

SOLAT TAHAJUD PELUANG KEEMASAN UNTUK MANUSIA

Solat tahajud adalah satu peluang keemasan ditawarkan kepada manusia untuk mengeratkan perhubungan mereka dengan Allah.

Kesusahan hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, tetapi bagi mereka yang biasa, ia menjadi satu kenikmatan pula. Malah, bagi yang dapat menghayatinya mereka akan berasa kerugian besar jika tertinggal daripada mengerjakan solat berkenaan.

Pada sepertiga malam pintu langit terbuka luas menerima taubat hamba-Nya. Malaikat membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti untuk membakar tubuh manusia di akhirat nanti.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan akan membangunkan isterinya manakala kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Allah s.w.t sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan membangunkan suaminya manakala jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya." (Hadis riwayat Abu Daud)

Amalan solat tahajud bukan hanya diamalkan Nabi Muhammad s.a.w, malah ia diamalkan umat nabi sebelumnya. Ini bererti perintah mengerjakan tahajud bukanlah dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w semata-mata.

Saidina Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata: "Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat.

Kurniaan di dunia ialah:-
> Jauh daripada segala penyakit
> Lahir kesan takwa pada wajahnya
> Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia
> Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan)
> Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)Sementara empat


Kurniaan di akhirat ialah:-
> Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
> Dipermudahkan hisab
> Cepat melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat
> Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan."

BERTAUBAT SESALI DOSA

Aa Gym, iaitu seorang pendakwah terkenal di Indonesia, dalam bukunya “Ingat Tuhan Sampai Mati” ada menyatakan: “Rezeki terbesar daripada Allah adalah pada masa kita mulai berani jujur melihat kekurangan diri sendiri. Oleh itu, cemburulah apabila melihat orang yang berdosa kemudiannya insaf dan bertaubat, kerana itu lebih baik daripada ahli masjid, tetapi mulai megah dengan amalannya.”

Menurutnya, sering kali individu yang bertaubat tidak membawa sebarang perubahan, malah pada zahirnya bertaubat, namun maksiat tetap dilakukan.

“Kita mengerjakan solat, namun kita tidak dapat menahan diri daripada perbuatan keji dan mungkar. Masakan tidak, taubat yang kita lakukan tidak berada pada landasan yang benar dan kuat,” katanya.

Justeru, beliau menekankan, bagi melakukan taubat yang berkesan, sepatutnya diawalkan dengan dua landasan utama, iaitu menyedari Allah maha melihat baik yang zahir mahupun yang tersembunyi dan menyedari dosa membawa bencana.

Orang yang bertaubat mempunyai beberapa tingkatan, iaitu taubat orang awam, taubat orang khusus dan taubat orang khusus bil khusus.

Taubat orang awam
- Hanya untuk dosa besar, tetapi individu terbabit masih tidak terlepas daripada dosa kecil. Dalam erti kata lain, dia hanya menyedari terhadap dosa besar, manakala dosa kecil dipandang ringan dan tidak berusaha meninggalkannya.

Taubat orang khusus
- Orang ini turut bertaubat daripada dosa kecil.

Taubat orang khusus bil khusus
- Individu ini bukan bertaubat kerana maksiat, tetapi kerana kelalaiannya daripada mengingati Allah. Misalnya dia bertaubat kerana gagal melaksanakan solat pada awal waktu. Dia juga bersedih kerana tidak melakukan yang terbaik kepada Allah.

“Hai orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka; mereka berkata: Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah cahaya bagi kami dan ampunlah kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (at-Tahrrim:8)

Taubat diambil daripada perkataan Arab, yang bererti kembali ke jalan asal selepas jauh menyimpang. Bertaubat juga membawa maksud memperbaiki dan memperelokkan diri. Wajar sekali bagi orang Islam memperbaiki diri sendiri terlebih dulu, daripada memperbaiki diri orang lain.

Ciri taubat nasuha ialah menyesal dengan penuh kesungguhan atas kesilapan lalu, kemudian meminta keampunan daripada Allah dengan hati yang ikhlas dan berazam tidak akan mengulangi lagi kesilapan lalu, malah tidak juga berfikir ke arah maksiat.

Menurut Imam Ghazali dalam kitabnya 'Mukasyafatul Qulub', dinyatakan beberapa ciri yang menunjukkan taubat seseorang itu diterima, antaranya:

* Orang itu kelihatan lebih bersih dan suci daripada perbuatan maksiat dan lebih berupaya menahan diri, seolah-olah dia mempunyai tenaga bagi menghalangi dirinya daripada perbuatan dosa.
* Hatinya selalu lapang dan tenang, sama ada ketika bersendirian atau bersama yang lain.
Dia selalu bergaul dengan orang yang baik. Dia mencari rakan juga di kalangan yang baik-baik. Berada dalam lingkungan manusia yang baik ibarat kita berada dalam benteng yang terpelihara.
* Kualiti amal ibadatnya meningkat. Selain dapat menahan diri daripada perbuatan dosa, kualiti ibadatnya semakin gemilang. Solatnya semakin baik, puasanya cemerlang, malamnya dihidupkan dengan solat tahajud, sedekahnya diperbanyakkan.
* Dia sentiasa menjaga lidahnya. Dia begitu teliti mengikuti perkembangan amalannya. Dia semakin teliti mengendalikan lidahnya, fikiran dan ingatannya supaya dijuruskan kepada Allah semaksimum yang mungkin.