Wednesday, June 18, 2008

MENGHADAPI TEKANAN MENGIKUT CARA ISLAM

Islam melihat punca tekanan lebih kepada kecelaruan dan kelemahan hati. Hati yang lemah menyebabkan hubungan dengan Allah menjadi rapuh. Seterusnya akan menjadikan hidup sempit kerana tidak menemui jalan keluar terhadap setiap masalah.

Hati akan berasa bahagia apabila dekat dengan Allah. Sebaliknya hati akan sengsara apabila ia ingkar kepada hukum Allah dan lalai daripada mengingatinya.

Dalam menghadapi tekanan atau stres secara umumnya mengikut kaca mata Islam ada beberapa panduan, iaitu:

# Membaca al-Quran, di samping memahami maknanya.
Al-Quran adalah rahmat untuk sekelian alam dan ia adalah cahaya, hidayah dan penyembuh bagi penyakit. Dengan memahami dan menghayati kandungan al-Quran seseorang dapat menenangkan hati, fikiran dan jasmani.
Banyak bertaubat dan istighfar. Bertafakur mengenang dosa, merenung mengenai diri terhadap segala nikmat yang Allah berikan kepada kita.

# Mendekatkan diri kepada Allah, mematuhi segala perintah-Nya
Contohnya tidak meninggalkan solat wajib, malah turut melakukan solat sunat dan selalu mengingati Allah dalam setiap ketika.

# Bersedekah.
Harta menyebabkan jiwa tertekan dan memberi sedekah itu kerana Allah dapat memberikan ketenangan. Sedekah lebih bermakna ketika seseorang itu berasa sangat sayang (bakhil) terhadap hartanya. Orang yang bakhil sentiasa disempitkan hati dan akhlaknya oleh Allah kerna mereka berkira dengan kurniaan Allah.

# Bijak mengurus.
Seseorang itu harus bijak dalam menguruskan masa, tenaga, keutamaan dan aset yang ada. Bahkan Allah mengingatkan kita mengenai beban kerja dan tanggungjawab itu perlulah sepadan dengan kemampuan kita, Kita diajar supaya berdoa daripada kerja berlebihan yang tidak mampu ditanggung.

# Bersangka baik kepada Allah.
Kita hendaklah berbicara dan berkata dengan positif serta penuh pengharapan kepada Allah. Ini kerana setiap lafaz diucapkan itu adalah doa dan sangkaan kita kepada Allah.

# Tawakal, iaitu berserah diri kepada Allah.
Menyerah sesuatu perkara itu kepada Allah selepas berusaha sedaya upaya adalah sikap yang sangat baik. Seseorang itu harus menyedari Allah yang mengurniakan rezeki, kekuatan, keinginan dan badan yang sihat bagi hamba-Nya berusaha meneruskan hidup di dunia ini.


REBET TUNAI RAKYAT,ANAK MENANTU PM DAPAT UNTUNG!!


Azamin Amin Tue Jun 17, 08 10:01:42 am MYT
KUALA LUMPUR, 17 Jun (Hrkh) - Sabtu lalu, ribuan pengguna kenderaan pensendirian menuntut rebet tunai di pejabat Pos seluruh Malaysia namun setiap rebet tersebut yang dibayar itu dikenakan caj perkhidmatan. -->
Hasil keuntungan caj perkhidmatan itu secara tidak langsung memberi keuntungan yang besar kepada Pos Malaysia yang telah diswastakan dan sahamnya telah dimiliki oleh sebuah syarikat yang ada kaitan rapat dengan menantu PM.
Demikian pendedahan Ahli Majlis Tertinggi KeADILan (MPT) Badrul Hisham dalam blognya berkaitan pembayaran subsidi kerajaan berikutan kenaikan harga minyak baru-baru ini.
Badrul berpendapat syarikat tersebut sedang menikmati keuntungan hasil daripada mekanisma pembayaran subsidi tersebut.
"Tahukah anda, setiap plan yang diperkenalkan oleh Pak Lah mesti ada motif rasuah atau salahguna kuasa? Contoh untuk kenaikan harga minyak ini. Penstrukturan subsidi yg dibayar menggunakan wang pos
"Bayangkan duit yang masuk ke dalam poket Khairy, setiap RM10 yang dibayar sebagai subsidi...10 sen akan masuk ke poket sebagai komisen wang pos," katanya dalam blog tersebut.
Katanya sejumlah enam juta kenderaan di Malaysia yang mana setiap kenderaan akan mendapat subsidi RM 620, maka secara tidak langsung sebanyak RM 6.20 komisen yang bakal diperolehi oleh menantu Perdana Mneteri itu untuk sejumlah kenderaan yang mendapat rebet tunai tersebut.

Monday, June 16, 2008

ROMANTIK TERLAMPAU

1. SEWAKTU MENGEJUT SUAMI DARI TIDUR
Wahai kanda ku sayang manja comel buah hati pengarang jantung semerbak mawar indah angkasa bagai bulan dipagar bintang..bukalah matamu yg indah itu kasihku seorang...

2. SEWAKTU MENGAJAK SUAMI MAKAN
Wahai tongkat ali jiwaku sebatang kau seorang sahaja didalam hati yg gersang mendambakan cinta suci padamu tulus ikhlas tiada wasangka walau sebesar zarah tidak ada..mari kita bersantap wahai kanda..

3. UCAPAN SEBELUM MEMULAKAN PERBUALAN
Sayangku kasihku intanku permataku jantungku hatiku organ-organ dalam yg penting bagiku semua itu engkau bagi aku..nyawaku. ...

4. UCAPAN SEBELUM TIDUR
sayaaang.... nak itu.. (tunjuk "kat situ" dengan menggunakan muncung bibir)..

Biar susah, jangan menyusahkan. ..

REHAT JAP

Cerita 1

Satu pagi di stesen keretapi, ada satu makcik tu dia tanya petugas kaunter...
Makcik: "Anak, keretapi sampai jam berapa??"
Petugas kaunter: "Jam 2 Kedah, jam 5 Kelantan, jam 1 Penang , jam 7 Gemas.
Makcik nak pergi mana?.."
Makcik: "Makcik nak melintas aja."


Cerita 2

Bidin melihat rakannya, Wafdi.. sedang membuat kopi...kemudian
memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya.
Dengan kehairanan Bidin bertanya kepada Wafdi...
Bidin: "Kenapa kau masukkan panadol dalam kopi tu?
Wafdi: "Kopi ni panas.. bagi panadol.. kurang sikit panas dia.."


Cerita 3

Suami isteri bertengkar. Tiba-tiba isteri terus kemas beg.
Suami: "Kenapa?"
Isteri: "Dah kahwin 10 tahun, rumah ni tak pernah aman. Saya dah taktahan.
Saya nak tinggalkan rumah ni!"
Suami kemudian masuk bilik dan keluarkan satu lagi beg.
Suami: "Betul jugak cakap awak. Saya pun fed-up dengan rumah ini.Saya ikut sama, boleh?!"


Cerita 4

Seorang pemburu bertembung dengan seekor singa. Terrperanjat, diatak sempat mengangkat senapangnya. Tiada pilihan, pemburu itubertadah tangan dan berdoa.Ketika pemburu itu menjeling ke arahsinga, dia ternampak bahawa singa itu juga sedang berdoa.Pemburu: "Ah leganya..... ...singa baik rupanya. Selamatlah aku."Singa: "Ya.......singa yang baik selalu baca doa sebelum makan."

Thursday, June 12, 2008

PENGHARGAAN BUAT MAK DAN AYAH





SELAMAT HARI LAHIR YANG KE - 50
PN ZALIHA BT ARIFFIN
13 JUN 2008
SELAMAT HARI BAPA/AYAH
15 JUN 2008

Bismillahirrahmanirrahim.....
Ya Allah,Kami memohon ke hadratMU Ya Allah,Panjangkanlah umur kedua orang tua kami, Ampunilah dosa kedua orang tua kami...Berikanlah mereka kesihatan rohani dan jasmani...
Jauhkan mereka dari azab seksaanMU Ya Allah...
Tempatkanlah mereka di dalam syurga ciptaanMU Ya Allah....
Mereka telah mendidik kami dengan penuh kasih sayang dan didikan yang sempurna Ya Allah...
Janganlah engkau biarkan mereka menderita di dunia dan di akhirat kelak Ya Allah....
Ya Allah ya Tuhan kami, tidak terlintas di hati ini untuk melihat hati kedua orang tua kami di sakiti,dicerca mahupun dihina......Kami ingin melihat mereka berdua menangis kegembiraan dengan kejayaan anak2nya,bukan tangisan putus asa di atas apa yang telah berlaku....
Kami tidak mahu melihat kedua orang tua kami menanggung kesedihan berseorangan.....
Begitu banyak pengorbanan yang telah mereka lakukan demi kami Ya Allah....
Pengorbanannya tidak mampu kami balas walaupun sejuta tahun engkau berikan nyawa untuk hidup kepada kami.....Tidak mengira susah dan senang,mereka sanggup lakukan apa sahaja demi memastikan kami gembira.....Pelbagai ragam dan kerenah, mereka langsung tidak mengira penat dan lelah untuk membesarkan kami 4 beradik sehingga kini...Tidak pernah terlintas di hati mereka untuk membeza-bezakan nilai dan kasih sayang pada kami....Segala masalah yang menimpa keluarga kami tidak pernah pun mereka mengungkit akan apa yang terjadi,tidak pernah pun mereka berputus harapan berdoa kepadaMU....
Kami bersyukur kepadaMU kerana engkau menjadikan kami anak kepada
ZAINAL ABIDIN BIN KAMAR dan ZALIHA BINTI ARIFFIN
Ya Allah,kuatkanlah semangat kami untuk menghadapi hari-hari mendatang.....Kami redha dengan apa yang telah engkau takdirkan....
Ya Allah Ya Tuhan Kami, sinarilah hidup keluarga kami dengan sinaran ad-din, Dekatkanlah diri kami dengan Al-Quran dan SunnahMU.....AMIN
"TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH,NABI MUHAMMAD PESURUH ALLAH"


Mak & Ayah
Kasih Sayang
Sungguh besar kasih sayangmu
Engkau curahkan segala2nya untuk anak2mu
Tanpa mengira erti penat dan jemu,
Demi membesarkan 2 putera dan 2 puterimu,
Pengorbanan
Tidak terkira banyaknya pengorbanan yang engkau lakukan
Engkau sanggup lakukan,tanpa mengira upahmu
Tidak pernah aku mendengar rungutan dari bibirmu
Kau berkorban tidak mengira waktu
Demi kesenangan anak2mu
Tanggungjawab
Engkau menatang kami bagai minyak yang penuh
Engkau membesarkan kami dengan penuh rasa tanggungjawab,
Tidak pernah engkau mengabaikan kami walaupun sesaat
Tidak pernah engkau membiarkan kami kelaparan
Kau dukung amanat ALLAH dengan sebaik2nya
Dugaan/Semangat
Tidak pernah engkau merungut atas apa yang terjadi
Malah engkau tabah menghadapinya
Ini semua dugaan ALLAH katamu
Engkau kuatkan semangat demi anak2mu
Tidak pun kau melihatkan wajah kesedihan di depan anak2mu
Kami bangga jadi anakmu
Bersatu
Walaupun dugaan sebesar mana yang perlu ditempuhi
Kami tidak mahu melihat engkau menangis
Kami sentiasa berada di sisimu
Kami mendoakan akan kesejahteraanmu
Tiada apa yang dapat memisahkan kita
Hanya mati yang dapat memisahkan..
Kita tetap bersama menempuh hari mendatang....

Wednesday, June 11, 2008

SESI ' PHOTO SHOOT ' DI PENGKALAN BALAK





Samada bakal di terima menjadi model baju tu x taulah.....klu ada rezeki adalah,klu xde carilah peluang lain.......c u soon.......as possible......tata....

Tuesday, June 10, 2008

BERSANTAI DI PENGKALAN BALAK









Sabtu lalu (7/6/08) kami sekeluarga ke Melaka(Kuala Sg Baru) tuk mghadiri Majlis Tahlil wat pakcik dan makcik aku yg tlh mnggl dunia lbh krg 1 tahun lalu.....Majlisnye mlm,so pd ptg tu ayah ajak kt org p pengkalan balak.....sj jln2.....smbl2 tu kta org lpaklah lah kt medan ikan bakar.....blh thn r rsanya(tp xde sape blh lawan masakan mak leha).........mcm2 kta org order....ikan siakap 3 rasa,sotong sambal......aduh kecuh ooooo......Harganya blh thn gak,sebab siap msk.....Blh tahan gak bkn main byk lg chalet2 yg di usahakan....Ingat pas abs tahlill nk tdo chalet kt c2,rpanya dh pnuh daaa......mmg org btul2 ramai ms tu,mklumlh dh nk abs cuti sekolah......hrga chalet2 kt c2 pn blh thn murah....dari RM40 semalam......kr ok r tu......Pengkalan balak dulu dgn skrg jauh bezanya......Desiran ombak bgtu kuat skali sbb air dh nk pasang ms tu.......Angin sepoi sepoi bahasa melayu.......huhuhuhuhu.....
Sebenarnya byk lg gmbr2 yg ada,tp ckuplah stakat tu.....hehehehe.....tata....

Thursday, June 5, 2008

KENAIKAN HARGA MINYAK.....









Kerajaan umum harga petrol naik 78 sen, diesel NAIK RM 1
Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikkan harga petrol sebanyak 78 sen - satu pertambahan besar dari RM1.92 sekarang kepada RM2.70.
Manakala harga minyak diesel pula naik kepada RM2.50 - naik 92 sen berbanding harga sekarang sebanyak RM1.58 seliter.
Menurut laporan Malaysiakini, kenaikan sebanyak 41 peratus bagi petrol dan 58.2 peratus bagi diesel akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.
Kenaikan harga itu adalah sebahagian daripada langkah kerajaan untuk mengawal subsidi bagi menampung kenaikan petrol, diesel dan gas, yang dijangka berjumlah RM56 bilion tahun ini.
Kerajaan juga mengumumkan pemberian rebet kepada pengguna kenderaan.
Mengikut skim tersebut tersebut, kenderaan di bawah 2000cc akan menerima RM625 setahun - rebat bagi 800 liter di bawah harga baru.
Pemilik motosikal pula akan diberi rebet RM120. Bayaran akan dibuat melalui wang pos.
Difahamkan rebet tersebut akan dibayar apabila pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka.
Kerajaan dijangka menjimatkan RM4 bilion di bawah penstrukturan semula skim subsidi tersebut.
Jika harga petrol dijual mengikut harga penuh pasaran, ia boleh mencecah setinggi hampir RM4 seliter - naik 100 peratus.
Bagaimanapun, kerajaan dijangka menuju ke arah memansuhkan terus pemberian subsidi pada masa depan.
HHHuuuuuuaaaaaa.........apa dh jd ni?xkanlh nk pi keje naik basikal.....apasal naik 40% je,naikkan lah 100%...myusahkan je.....saintis2 sume tlg wat kajian pggunaan air tuk gantikan mnyak...blh ke?torai.....mcekik tul r kerajaan ni.....knp bgtu mendadak sgt naik?semua naik.......ini skim penstrukturan semula yg myusahkan.....org atasan blh r ckp kt sama2 tampung n terima,rakyat bawahan cmne?btul ke org atasan tu bjuang brsama rkyat????abis sume subsidi........
Pnjam kate nabil 'raja lawak' jap......LU PIKIRLAH SENDIRI!!!!askum.....


Wednesday, June 4, 2008

PESANAN IMAM AL-GHAZALI

Berkata Imam Al-Ghazali:"Jika engkau ingin mengikut jejak para Imam kuatkanlah dirimu untuk terima segala musibah,bertenang dalam menanggung kepahitan,sifat sabar terbentang dalam dadamu,lisanmu perlu dikunci,matamu dikawal,rahsiamu disembunyikan,hanya dilihat oleh Tuhan sahaja,namamu jgn terkenal,mulutmu tersenyum,perutmu lapar,hatimu luka,hindari dari terkenal,pangkatmu dipendam,setiap hari menahan perasaan pahit dari zaman dan teman,sedang hatimu menurut,siangmu sibuk berbakti kepada orang ramai,malammu rindu pada Tuhan,sepi dari pandangan,Jadikanlah ia jalan dan persiapan untuk hari Kiamat yang padanya sulit sekali mencari jalan..."

Berkata Imam Al-Ghazali:"Jika engkau ingin mengikut jejak para Imam kuatkanlah dirimu untuk terima segala musibah,bertenang dalam menanggung kepahitan,sifat sabar terbentang dalam dadamu,lisanmu perlu dikunci,matamu dikawal,rahsiamu disembunyikan,hanya dilihat oleh Tuhan sahaja,namamu jgn terkenal,mulutmu tersenyum,perutmu lapar,hatimu luka,hindari dari terkenal,pangkatmu dipendam,setiap hari menahan perasaan pahit dari zaman dan teman,sedang hatimu menurut,siangmu sibuk berbakti kepada orang ramai,malammu rindu pada Tuhan,sepi dari pandangan,Jadikanlah ia jalan dan persiapan untuk hari Kiamat yang padanya sulit sekali mencari jalan..."

"Apabila sesebuah jemaah Islamiah kurang mengambil berat tentang sembahyang, sama ada lahirnya mahupun batinnya, waktunya mahupun displin sembahyang jemaahnya, maka jika ia memerintah negara, jangan harap ia akan dapat menegakkan keadilan" madahASZ

nurlela zazali(e-commerce)

Monday, June 2, 2008

LELAKI DAN WANITA BERBEZA

Dunia Lelaki dan wanita berbeza

Seorang lelaki tidak sama dengan seorang wanita. Lelaki juga tidak akan menjadi wanita, dan begitulah sebaliknya. Ramai wanita menganggap lelaki sukar difahami, begitu jugalah pendapat lelaki. Berikut dinyatakan bebarapa sifat lelaki secara umum agar anda mudah memahami mereka.

Hidup lelaki lebih mudah
Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding dengan wanita. Kerana itu lelaki sukar untuk memahamijika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasa oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham. Tetapi, lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah, dan secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.

Bahasa lelaki adalah berlainan
Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanitasukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang lahir dari kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkan. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukan berbanding dari apa yang dikatakan. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.

Lelaki suka membisu
Wanita berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Tetapi lelaki lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.

Lelaki tidak kompleks
Jika terdapat semua tanda yang menunjukan bahawa seorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikiran primitif, tetapi lelaki memag sedemikian. Wanita selalu menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.

Jangan paksa lelaki
Bila wanita mendesak lelaki mendedahkan perasaanya, mungkin wanita itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Malah adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik sampai ke akar umbi. Malah apa yang penting wanita itu perlu membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada masa itu fikirannya sedang kacau.

Lelaki berahsia dengan lelaki lain
Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah untuk bercerita masalah yang dihadapinya kepada wanita lain, harapan dan kebimbangan yang dirasainya dan pelbagai cerita peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang maksima.

Lelaki pentingkan kejujuran
Sepertimana wanita, lelaki juga pentingkan kejujuran. Jika lelaki tahu yang kekasihnya atau isterinya suka bercerita kepada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia yang lainnya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Seorang suami mahu isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangganya.

Lelaki Perlu Keselesaan Perasaan
Wanita sering menganggap lelaki sukar difahami. Sebenarnya ini juga anggapan lelaki pada wanita. Berikut dinyatakan beberapa sifat umum lelaki agar kita lebih memahaminya.

Lelaki tidak suka dikritik
Jangan mengkritik lelaki, memainkan jika wanita itu bersedia untuk bertikan lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakannya, contohnya kepada saudara atau rakannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya.Cara baik mengkritik lelaki adalah dengan cara berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan ia jarang dilakukan oleh wanita. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak emosi dan tepat.Untuk mengkritik lelaki eloklah kiranya kritikan itu digabung dengan sedikit pujian.

Lelaki juga mahukan sokongan
Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan dan sokongan serta kata-kata lunak seperti: "saya cintakan abang.." atau "Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang…"

Lelaki dan ego
Ramai lelaki menunjukkan egonya pada dua masa, pertama di dalam kerka dan kedua di ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut mempertingkatkan ego suami atau kekasihnya.Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dilnilai. Jika anda tidak menyatakan kepadanya, siapa lagi? Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia kan membuatkan lelaki merasa senang dan setipa orang disekelilingnya akan mendapat faedah, terutamanya yang dicintainya.

Lelaki mesra tanpa beremosi
Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi dan mengasihi sebagai balasan. Intimasi emosional, bersatunya jiwa bukan hanya jasad, adalah cara bagaimana kasih sayang itu lahir. Ianya bukan satu proses sahaja.
Resume Terbaik

MR ....................................
25 Jalan 3/4
Taman Bukit Indah
68000 Ampang Selangor.
(Rumah pakcik saya)

Malaysia Airlines System
21 Okt 2004

Tuan,

Memohon Pekerjaan di Malaysia Airlines System.

Sehubungan dengan perkara diatas, saya Mr..................... no k/p 830510-10-xxxx mahu memohon untuk bekerja di syarikat tuan dalam bidang teknikal. Ini kerana saya sangat berminat & bersungguh2 sampai tak boleh tido malam mengingatkan pekerjaan dalam dalam bidang ini.

Walaupun begitu saye mengaku sebab saye mintak kerja disini kerana saya juga adalah seorang petani anggur. Disebabkan begitu pihak tuan kenalah ambil saya bekerja disini. Pihak tuan perlu tahu juga bahawasanya bapa saya iaitu MR................... adalah seorang ahli KWSP.Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja saya serta merta akan menyuruh bapa saya membekukan pengeluaran KWSP pihak tuan masa tua nanti. Jika pihak tuan tak nak susah baiklah ambil saya bekerja disini.Itu saja keotaian saya.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, disini saya akan tampilkan kelayakan akademik dan pengalaman kerja saya sebelum ini kepada tuan.

3.AkademikSijil Pelajaran Malaysia Vokasional 1999-200
Matapelajaran : (gred)
Bahasa Malaysia 6D
Bahasa Inggeris 6D
Sains 7E
Matematik 6D
Pendidikan Islam 5C
Sejarah 7E
Lukisan geometri 7E
Teknologi air-condition 6D
Kerja bengkel 3B

Sijil Kemahiran Malaysia 2001-2002 (MLVK)Sijil Kejuruteraan Automotive (Tahap 1&2) dari Institut LatihanPerindustrian Kementerian Sumber Manusia Malaysia .

4. Pengalaman kerja· Pembantu mekanik kereta di Yusuf Workshop, Ipoh , Perak·Pembantu mekanik kereta di Dunlop Servitekar di Leboh Ampang, KualaLumpur(kedai gemok)p/s (alignment kat situ tipu)·Staff pejabat di Gesundheit Worldwide di Semabok, Melaka. (pusat serenti)

5. Hanya ini sahaja dapat saya tampilkan kepada pihak tuan. Diharap dengan kelayakan yang saya ada, permohonan saya untuk bekerja di syarikat tuan dapat dipertimbangkan oleh tuan.

Dan saya berasa gembira & seronok & akan belanja satu MAS makan sekiranya diterima bekerja di syarikat tuan dan saya berjanji akan bekerja dengan bersungguh-sungguh disamping bangun awal dan datang kerja awal. Saya tak tipu nie. Walaupun saya pernah ponteng skolah dan ditangkap beberapa kali saya akan insaf juga jika saya dapat kerja ini.

'Saya tidak akan hisap ganja lagi jikalau saya dapat kerja disini. Sekiranya saya didapati bersalah dalam apa2 juga kesalahan pihak tuan tidak boleh ambil tindakan yg kuat disamping menjentik jari saya sahaja.Untuk makluman tuan saya sangat kurus jikalau dirotan sekali tulang2 saya akan bersepai dan pihak tuan akan mendapat susah yangamat sangat. Saya juga berjanji tidak akan mencuri skru2 nat2 yg lawa2.jika saya nak mencuri saya akan ambil sahaja dan masuk dalam poket seluar itu tidak dikira mencuri. Saya pun dah penat menulis segalanya bermula & berakhir dgn baik.

Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja hidup pihak tuan akan berakhir dengan bacaan yasin. Dah kunjungan org ramai. Sekian terima kasih.Sekian, terima kasih


Yang benar,
(MR..........................)
25 Jalan ¾Taman Bukit Indah
68000 AmpangSelangor

P/s: hi..hi?jgn marah??.

ISU PENGHARAMAN TUDUNG DI MALAYSIA MAKIN PANAS!!!!


>> Masuk yg ni, dah 19 kali ang sent email ni...........>>>> -->>>>>>>>>> C is..haram kan tudung?? baca sampai habis,pastu komen>> > >>> > > Isu pengharaman pemakaian tudung di IPTA dan>> > > IPTS di malaysia . ahli ahli parlimen negara sudah>> > > mendapat kata sepakat bagi mengharamkan>> > > pemakaian tudung bagi pelajar wanita di ipta dan>> > > ipts di malaysia ini berikutan dengan faktor faktor>> > > kesihatan.>> > >>> > > ini kerana pelajar pelajar wanita yang>> > > memakai tudung ini didapati kurang mendapat>> > > prestasi yang agak cemerlang.kenyataan ini juga>> > > disahkan oleh pakar-pakar di hospital selayang>> > > yang membuat kajian terperinci pemakaian tudung>> > > ini.>> > >>> > > mereka berkata tudung ini akan menyebabkan>> > > pengedaran udara yg kurang dan menyebabkan>> > > kepala yg melindungi otak akan menjadi kurang>> > > segar dan akan menjadikan otak mereka tidak>> > > aktif seperti pelajar-pelajar yg tidak memakai>> > > tudung.>> > >>> > > jadi bagaimana isu ini boleh berlaku topik>> > > ini sengaja ditulis dan hanya disiarkan kecil sahaja>> > > di bahagian muka surat yg sekiranya tidak deteliti>> > > tidak akan nampak.adakah kerajaan malaysia>> > > takut akan hal ini.yang dulu begitu marah terhadap>> > > singapura yg memberhentikan 2 org murid>> > > perempuan kerana memakai tudung ke>> > > sekolah.>> > >>> > > ape susah jadi dengan isu ini diam begitu>> > > sahaja kan.sekarang ape sudah jadi paku dulang>> > > paku serpih mengata orang dia yang lebih.>> > > sekranag malaysia sanggup mengHARAMKAN>> > > pemakaian tudung pihak JAKIM juga tidak dapat>> > > berbuat apa apa dengan isu ini.>> > >>> > > ini kerana semuanya terletak di tangan menteri menteri di>> > > malaysia.bagaimana pula dengan Pak Lah yg>> > > selalu menjadi imam di masjid masjid adakah die>> > > juga bersetuju dengan isu pengharaman>> > > pemakaian tudung ini.jadi bagaimana seorang>> > > imam boleh setuju tentang pengharaman>> > > pemakaian tudung ini.>> > >>> > > bagi pihak universiti islam antarabangsa malaysia>> (UIAM).international>> > > islamic university malaysia (IIUM) juga hanya>> > > menunggu dan lihat sahaja apa yang akan>> > > terjadi.universiti ini dahulu yg mewajibkan setiap>> > > pelajar wanitanya memakai tudung apabila>> > > memasuki kawasan universiti kini hanya>> > > mengambil endah tak endah sahaja mengapa>> > > MALAYSIA sekarang ini.>> > >>> > > MALAYSIA yang dulunya>> > > dikenali kerana agama rasminya adalah agama>> > > islam.kini boleh mengharamkan pemakaian tudung>> > > di malaysia yang kita semua sudah maklum>> > > sebagai seorang wanita islam wajib memakai>> > > tudung. isu ini sengaja tidak digembar gemburkan>> > > agar tidak mahu berlaku kekecohan ataupun ape>> > > ape reformasi.>> > >>> > > pihak media massa seperti TV juga>> > > tidak mahu mengambil inisiatif bagi membetulkan>> > > semua ini. adakah malaysia sudah lemah... .>> > > pihak menteri juga sudah mengeluarkan notis bagi>> > > pengharaman pemakaian tudung ini di semua IPTA>> > > dan IPTS dan juga akan menghantar notis ini ke>> > > sekolah sekolah.>> > >>> > > pihak menteri juga telah>> > > menyenaraikan beberapa jenis tudung yang haram>> > > dipakai sewaktu berada di dalam sekolah ataupun>> > > kawasan kampus antara jenis tudung yang tidak>> > > boleh dipakai ialah:->> > >>> > > 1)TUDUNG SAJI>> > >>> > > 2)TUDUNG>> > > PERIUK>> > >>> > > 3)TUDUNG TERMOS>> > >>> > > 4)TUDUNG CAT>> > > dan bagi jenis TUDUNG BOTOL yang selalu>> > > menjadi permainan murid sekolah masih di dalam>> > > pemerhatian. kui kui!! kena kena!! aper lagi forward>> > > ke rakan rakan anda..>> > >>> > > takkan nak kena sorang sorang kot keh keh!!