Thursday, September 11, 2008

ANWAR FC vs BN ATHLETIC - LIVE ON CHANNEL SPORT 16 SEPT 2008

Berikut adalah line-up kesebelasan utama BN Athletic :-

Goalkeeper - Ahmad Shabery Cheek
Menjaga benteng pertahanan terakhir pasukan sama ada membenarkan stesen TV menyiarkan keputusan perlawanan atau tidak jika pasukannya tewas di tangan Anwar FC atau menyembunyikan keputusan tersebut. Mampu menangkis rembatan pasukan lawan kerana beliau selalu meludah lebihan air liurnya untuk disapukan ke kedua-dua glove tangannya supaya bola melekat.

Right Midfielder – Syed Hamid Albar
Kemahiran menanduk bola adalah senjata utamanya kerana kilauan pada kepalanya mampu membuatkan pemain lawan silau. Ini membuatkan pihak lawan keliru dan sering tertukar menendang kepala beliau atau bola.

Left Midfielder – Musa Hassan
Selalu menyimpan senjata mainan seperti pistol, water canon, belantan dalam poket seluarnya ketika berada di padang permainan walaupun telah dimarahi penonton sebelum ini. Jerseynya ditempah khas dengan membuat poket ditepi semata-mata mahu menyimpan gari untuk digunakan ketika bermain.

Central Midfielder – Abdul Gani Patail
Pemain ini terkenal kerana sering mempertikaikan keputusan pengadil. Sering mengeluarkan hujah-hujah ketika berbalah dengan pengadil. Pernah mengumpul koleksi kad merah dan tiket kapal terbang MAS ketika beliau sering berulang-alik ke Terengganu menyelesaikan kes lempar batu dari penonton.

Central Midfielder – Pirdaus Ismail
Memiliki tendangan kaki yang padu dan kuat dan sering dibandingkan dengan pemain Eropah lain seperti Francesco Totti. Mampu menendang selaju 124.2 m/s ke gawang lawan. Apabila ditanya rahsia memiliki tendangan kuat itu, beliau memberitahu wartawan beliau berlatih menendang tong sampah ketika pilihan raya.

Defensive Midfielder – Najib Razak ( C4 )
Ketua pasukan yang digeruni pihak lawan kerana sering mengugut pemain lawan dengan ancaman bom dan bunga api. Latihan ala ketenteraan beliau banyak membantu mempertingkatkan skill mengelecek bola. Diarahkan pengurus pasukan supaya menjaga pergerakan kapten Anwar FC nanti.

Attacking Midfielder – Abdul Rashid Abd Rahman
Pelik tapi benar. Beliau merupakan pemain BN Athletic utama tetapi dalam masa yang sama dilantik menjadi pengadil prlawanan. Banyak mempengaruhi kemenangan BN Athletic musim lepas sehingga turun divisyen dan kerap membatalkan gol yang dijaringkan pihak lawan kerana penjaga golnya tidak bersedia.

Central Forward – Noh Omar
Pemain yang berani tapi takut. Macam mana tu? Beliau memiliki mulut yang lantang bercakap di sidang media sahaja. Tapi apabila beraksi di padang , BN Athletic seolah-olah bermain 10 orang. Kelibatnya jarang kelihatan di padang . Pernah melabelkan kapten Anwar FC bukan anak jantan disebabkan bermain di Stadium Permatang Pauh bukan di Stadium Tertutup Tanjung Karang.

Central Forwad – Shahril Samad
Bakal turun sebagai penggempur utama kerana kelebihan memiliki simpanan minyak yang lebih. BN Athletic betul-betul memerlukan pemain sepertinya kerana pandai mencurahkan lebihan minyak subsidi rakyat di tengah-tengah padang permainan dengan tujuan supaya pemain pihak lawan licin dan terjatuh. Rambut putih ala-ala Beckham beliau banyak membantu menaikkan populariti beliau musim ini.

Striker – Ezam Md. Noor
Perpindahan penyerang prolifik ini dari kelab lamanya Anwar FC banyak menimbulkan tanda tanya berikutan perjanjian harga perpindahan yang dirahsiakan. Bagaimanapun penyerang ini yang mampu menyumbat gol dari sudut sukar mempunyai kelebihan mengawal bola di dalam kotak-kotak penalti. Berapa banyak kotak daaaa…

Striker – Saiful Bukhari
Terbaru. Penyerang muda ini sekarang menjadi rebutan kelab-kelab ternama eropah berikutan penyebaran gambarnya dengan ejen-ejen kuasa besar bolasepak eropah. Bakal menggempur pertahanan Anwar FC nanti dengan trademark tendangan menggunakan punggungnya yang dipanggil ‘reverse ass kick’.

sumber : sensasi

No comments: