Friday, July 4, 2008

KENAPA BEGITU ZALIM????

Anak tahanan ISA meninggal dunia ketika kelibat ayah belum kelihatan
Ahmad Tajdid Foto Nasir Sudin Tue Nov 30, 99 12:00:00 am MYT
KUALA LUMPUR, 3 Julai (Hrkh) - Anak mangsa tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Aina Mardiah Shahrial menghembuskan nafas terakhir di Wad Blok A, Tingkat 3, Hospital Kajang selepas terlantar koma dan nazak sejak semalam. -->
Lebih mendukacitakan, bapa kandung Allahyarhamah, Shahrial Sirin yang dilaporkan bertolak dari Kem Tahanan Kemunting selepas mendapat kelepasan Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar jam 1.00 tengahari tadi masih belum tiba di hospital.
Aina Mardhiah menghembuskan nafas terakhir di sisi ibunya, Siti Fatma dan ahli keluarga terdekat.
Anak sulung pasangan terbabit dilaporkan terjatuh di rumahnya semalam dan berada dalam keadaan koma sehingga disahkan meninggal dunia.
Shahrial ditahan di Kem Tahanan Kamunting sejak tujuh tahun lalu.
Usaha Pusat Sokongan Keluarga Gerakan Mansuhkan ISA (ISA), untuk mendapatkan pelepasan sementara Shahrial bagi menziarahi anaknya menghadapi kerenah birokrasi yang cukup memeritkan.
"Walaupun permohonan telah dibuat awal (semalam) namun, jam 1.00 petang tadi barulah pelepasan itu dapat diberikan, inikah moral kerajaan tatkala soal nyawa anak tahanan menjadi taruhan," kata Aliza Jaffar salah seorang ahli PSK GMI yang ditemui di Hospital Kajang sebentar tadi.
Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman turut berada di hospital setelah mendapat berita pemergian Aina Mardhiah.
"Semoga Allah SWT memberi kesabaran kepada keluarga Allahyarhamah dan memberi balasan setimpal kepada mereka yang menzalimi keluarga ini," ujar Lutfi kesal.- tajdid _

Wednesday, July 2, 2008

PETUA MENGASIHI ISTERI

1. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin menyatakan "I Love You".

2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.

3. Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.

4. Tolong terbalikkan stokin atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci. Tolong buang sampah tanpa disuruh.

5. Bila keluar out station, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat sampai.

6. Tunjukkan kepimpinan yang baik, suami adalah ketua rumahtangga dan pendidik.

7. Berdiskusi dari semasa ke semasa, jangan ketepikan pendapat isteri.

8. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

9. Sokong pendapat isteri sekiranya beliau bertentangan dengan pendapat orang lain, tetapi hendaklah secara rational bukannya mengiyakan semuanya...... sekiranya pendapat isteri anda salah.... betulkan.

10. Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa ke semasa.

11. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

12. Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah isteri.

13. Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkan beliau jauh bila berjalan..

14. Bila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.

15. Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali-sekala.

16. Bila makan diluar, jangan harapkan isteri sahaja yang memilih tempat untuk makan.

17. Sabar bila isteri terlambat sedikit atau dengan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.

18. Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain dikhalayak ramai.

19. Lebihkan isteri anda dari anak-anak.

20. Belikan hadiah kecil dari semasa kesemasa seperti minyak wangi dan jam,Kad-kad ucapan juga dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dengan isteri.

21. Bila Hari Raya tiba nanti jangan hanya bagi 'angpau' kepada anak-anaksahaja . Tetapi bagilah juga kepada isteri anda. Tak kira lah berapa jumlahnya dan tak kisahlah samada dia bekerja atau surirumah tangga sahaja. Anda pasti seronok lihat isteri gembira.

22. Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai-itulah perempuan.

23. Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada dizaman sekarang. Seringlah menelefon atau menghantar e mail untuk bertanyakan khabar atau paling minima mengucapkan 'Hai' untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu.Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.

24. Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat mereka,sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam dirikamu dan diperlukan.

25. Jangan kamu ambil remeh temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting,contohnya hari ulangtahun. Apa salahnya buat 'surprise' sekali sekala kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan yang kamu betul-betul menyayanginya.

26. Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu. Inilah masanya untuk kamu menonjolkan ke'macho'an kamu!

27. Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan.Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu disisi mereka.

28. Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian.

29. Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Jangan kamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan.

30. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah perempuan tidak suka menyatakan secara terus terang tentang apa yang mereka inginkan,kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh 'cerita orang lain' kepada kamu. Jadi kamu kenalah peka dan gunakan kepakaran kamu untuk memenangi hati mereka.

31. Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar.. lahirlah sifatamarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati. Mereka akan'meletup' pada suatu hari. TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi amat penting. Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah 'sejuk'. Mungkin kamu juga boleh 'cool'kan diri kamu dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka cemburu... itu kerana mereka SAYANGkan kamu!

PETUA MENDIDIK ANAK

Menurut Pakar Motivasi Dr Hasan Hj Mohd Ali, terdapat 40 kesilapan ibubapa dalam mendidik anak-anak. Iaitu;

1) Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.

2) Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.

3) Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.

4) Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak.

5) Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disaji untuk anak-anak.

6) Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.

7) Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan.

8 ) Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak.

9) Kurang melahirkan kasih sayang.

10) Sering mengeluh di hadapan anak-anak.

11) Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi & pulang dari sekolah.

12) Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.

13) Tidak memberatkan pendidikan agama dikalangan anak-anak.

14) Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.

15) Tidak programkan masa rehat dan riadah anak-anak.

16) Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca.

17) Mengizinkan anak menjamah makanan @ minuman yang tidak halal.

18) Tidak tunjuk contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak.

19) Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak.

20) Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dan anak-anak.

21) Tidak menggunakan bahasa yang betul.

22) Suka bertengkar di hadapan anak-anak.

23) Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak.

24) Tidak Membimbing Anak-anak supaya mematuhi syarat.

25) Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak.

26) Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak.

27) Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.

28) Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak.

29) Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak.

30) Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.

31) Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.

32) Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.

33) Kerap Meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak.

34) Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

35) Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.

36) Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.

37) Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman keatas anak-anak.

38) Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak.

39) Tidak tegas mendidik anak-anak.

40) Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama.

Teknik mengajar anak MENGHORMATI and mengeratkan hubungan ibu bapanya

1. Jika si ibu marahkan anak, bapa DILARANG backing anak semasa anak itu dimarahi. Begitulah sebaliknya. Jika tidak, anak akan hilang rasa hormat terhadap ibu/bapa yg memarahi. Anak mencontohi apa yg diajar/dididik oleh ibu bapanya. Apabila berlaku percanggahan arahan/undang2, anak akan menjadi keliru arahan/undang2 siapakah yg patut dipatuhi. Si ibu atau sibapa. Apabila berlaku pertentangan pendapat yg terang2 ditunjukkan ibubapa ke atas anak ketika dimarahi, ia telah menjatuhkan MARUAH dan MARTABAT org yg memarahi (ibu/bapa). Anak hilang rasa hormat dan merasakan perbuatan nakal mereka adalah betul belaka kerana ada yg backing.

2. Bapa DILARANG menengking/mengherdik/bertengkar Ibu di hadapan anak2.Begitulah sebaliknya. Anak mencontohi tindak tanduk ibu bapa. Satu rutin putaran kehidupan akan kembali dilakukan oleh anak ke atas ibu yg sering ditengking oleh bapa di hadapan anak2.

3. Sentiasa masak utk anak dan ajak anak sama2 masak/makan, makanan hasil tangan ibu ini dapat mengeratkan hubungan rohani anak dan ibu.

4. Ibu bapa MESTI makan bersama anak-anak

DOA UNTUK KEKASIH

Ya Allah.... Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku.... Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan.... dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku.... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan....

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti.... Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya...

Dan ya Allah yang tercinta... Gantilah yang telah hilang.... Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku.... kerana engkau maha mengetahui... Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...

Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku... Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat...Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran... Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh....

PERKARA-PERKARA YANG TAK DISUKAI ISTERI...

1) Bangun tidur kena kejut 2-3 kali - kalau lambat kita yang kena marah....

2) Suka letak barang merata-rata

3) Tak pandai basuh pinggan ( pandai makan aje)

4) Sebelum kawin pandai iron baju lepas kawin semua dah tak pandai (malas)-
Kena bertolak ansur sebab isteri kadang2 penat menjaga anak dan rumah.

5) Tak pernah menghargai kasih sayang isteri.
Jgn sebelum kawin aje romantik lepas kawin semua lupa.
Kadang2 isteri memerlukan kasih sayangdan belaian dari seorang suami.
Walaupun hanya sebuah kucupan di dahi cukup membuat hati siisteri bahagia.

6) Kepada kaum suami tolonglah mengingat hari2 yang bermakna buat kamu berdua. Seperti
tarikh perkhawinan, hari lahir anak atau isteri. Walaupunhanya seungkap kata. Gembira
rasanya siisteri apabila sisuami mengingatihari2 mereka, bukannye nak meminta hadiah ,
tetapi sekadar ungkapan....

7) Jgn kedekut................

8 ) Kalau nak isteri cantik, bagi dorongan, kuatkan semangat hulurkan bantuan kewangan untuk
mendapat hasil yang si suami inginkan....

9) Jgn berat tulang, rajinlah tolong isteri dirumah, memasak dan mengemas..

10) Suka melepas merata-rata tempat (melepaskan gas)

11) Tak suka bila sisuami mula meninggikan suara (menengking)

12) Benci bila mula menaikkan tangan dan kaki ( Perkara nie walau pun jarang dibuat tetapi
sekali terlepas akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada si isteri oleh itu jgn
sesekali buat macam nie kat isteri)

Rasanye banyak lagi yang benda si isteri tak suka suami buat.. tapi setakat nie aje yang teringat.. Oleh itu sayangi isteri anda semua... itu adalah amanat dan tanggungjawab yang telah diberikan. Sekali akad dilafazkan,sekali tanggungjawab digalas. Isteri kurnian Ilahi jaga betol2 dan sayangi dia... Adios

Sumber : Tuan PG

10 SITUASI LELAKI YG HARUS WANITA FAHAMI

1. Bila si dia sibuk
Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.

2. Bila si dia ego
Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.

3. Bila si dia romantik
Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masadepan bersama.

4. Bila si dia panas baran
Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.

5. Bila si dia penat
Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan.

6. Bila si dia pentingkan diri sendiri
Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertoleransi antara satu sama lain.

7. Bila si dia mengongkong
Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.

8. Bila si dia selamba
Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yg selamba ini selalunya ingin kita yg memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.

9. Bila si dia curang
Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.

10. Bila si dia lurus bendul
Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya.Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampumembuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat.

Sumber : Tuan PG

Monday, June 30, 2008

PILIH PASANGAN IKUT SYARIAT

Nabi Muhammad s.a.w ada memberikan penekanan kepada sesiapa yang ingin berkahwin agar memilih pasangan yang beragama.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Perempuan dikahwini atas empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, ke cantikannya dan agamanya. Pilihlah perempuan yang ber agama, nescaya kamu akan diberkati Allah.” (Riwayat Bu khari, Muslim dan lain-lain)

Rasulullah s.a.w menasihati keluarga anak gadis supaya menyegerakan perkahwinan apabila dilamar calon suami daripada kalangan yang beragama dan berakhlak, malah berkemampuan memenuhi hak isteri dan anak.

Sabda baginda bermaksud: “Apabila kamu didatangi sesiapa yang kamu boleh menerima agamanya dan akhlaknya, kamu mesti membenarkannya mengahwini anak perempuan kamu. Jika kamu tidak berbuat demikian, nescaya satu fitnah besar akan berlaku di bumi serta menjadi keburukan dan kerosakan yang berleluasa.”

Fitnah akan menimpa maruah agama dan umat Islam, jika seorang pemudi beriman terperangkap dengan suami yang tidak beriman, tiada pegangan akidah, tidak bertakwa dan tiada kesedaran.

Pasangan suami isteri yang ideal juga bermula dengan keturunan yang baik-baik dan kerana itu Islam menasihati umatnya memberikan keutamaan kepada keturunan yang baik.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Jangan dekati tum buhan hijau di tempat kotor. Lalu bertanyalah kalangan pendengar kepada Rasulullah. Apa dia tumbuhan hijau di tempat kotor wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Pe rempuan cantik yang membesar di rumah yang penuh kejahatan serta keburukan.” (Riwayat ad-Dar al-Qutni, al-As kari dan Ibnu 'Adi)

Bagi lelaki, jangan kerana senyuman seorang gadis yang menawan, rupa yang cantik dan bentuk badan yang menarik membuatkan seseorang tidak berfikir panjang, malah terus melupakan kriteria ditegaskan Rasulullah secara berkias itu.Calon pasangan suami isteri juga seeloknya bukan daripada kaum kerabat keluarga bagi memelihara kecerdikan zuriat dan menghindari penyakit atau kecacatan disebabkan ke turunan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Janganlah menikah dengan kaum kerabat, kerana anak daripada pernikahan itu akan membesar kurus, lemah tubuh badannya dan tidak cerdik.”

Sabda Baginda lagi: “Berkahwinlah dengan orang asing (tidak mempunyai tali persaudaraan) dan janganlah me ngahwini kaum kerabat sendiri supaya boleh mengelak kelahiran anak yang lemah dan tidak sihat.”

Bagi lelaki, Islam juga menasihati supaya mengutamakan wanita yang masih dara.Bagi wanita yang pernah berkahwin kemungkinan ada penilaian lain pada suaminya, seperti membuat perbandingan antara suami dan bekas suaminya yang dulu.

Dalam hadis diriwayatkan Ibnu Majah dan al-Baihaqi, maksudnya: “Kahwinlah anak dara sesungguhnya mereka ini selalu berkata dengan baik, lemah lembut, kemungkinan kesuburan mereka amat besar (mendapat anak), kurang tipu helah mereka (jujur) dan mudah reda dengan yang sedikit.”

Aspek kesuburan juga elok diberikan keutamaan dalam memilih pasangan.Tanda kesuburan ini boleh juga diperhatikan keadaan ibu dan adik-beradiknya yang sudah berkahwin. Jika keluarganya besar, ramai ahli keluarga, besar kemungkinan dia begitu juga.

Dalam hubungan ini ada seorang lelaki bertanya Rasulullah s.a.w bermaksud: “Wahai Rasulullah saya jatuh cinta dengan seorang perempuan yang berketurunan baik, berkedudukan dan kaya, cuma dia tidak boleh beranak. Adakah boleh saya berkahwin dengannya? Terus Rasulullah s.a.w melarangnya. Kemudian lelaki itu datang dan bertanya kepada Rasulullah kali kedua. Rasulullah menjawabnya sama dengan pertama. Lelaki itu datang dan bertanya kali ketiga.

Lalu Rasulullah menjawab dengan sabdanya yang diriwayatkan Abu Daud, an-Nasai dan al-Hakim: “Berkahwinlah dengan perempuan yang boleh beranak ramai dan bersifat lemah lembut serta bermesra, sesungguhnya aku akan bermegah dengan kamu terhadap umat yang ramai.”

KES LIWAT LAGI???SAPER PUNYA KERJA....

Salmah Mat Husain Sun Jun 29, 08 6:41:08 pm MYT
KOTA BHARU, 29 Jun (Hrkh) - Isu dakwaan liwat kononnya dilakukan Dato' Seri Anwar Ibrahim dianggap usaha terancang pihak tertentu bagi menyekat kemaraan Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya dalam masa terdekat ini. -->
Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, tuduhan liwat kali kedua terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu disifatnya sebagai usaha menyekat kemaraan kerajaan baru yang semakin mara ke Putrajaya.
"Akibat keutuhan kerjasama dan pengaruh Pakatan, pihak lawan menghidupkan semula pertuduhan lapuk dengan harapan sekali lagi Anwar cuba dibuktikan melakukan kesalahan tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Semalam pembantu khas Anwar, Saiful Bukhari Azlan dilaporkan
mendakwa diliwat oleh Ketua Umum KeADILan terbabit. Bagaimanapun Anwar menafikan segala tuduhan itu.
Husam berkata, pertuduhan pertama pada 1998 yang masih segar di ingatan rakyat sehingga meninggalkan kesan yang besar kepada senario politik negara.
"Betapa ia bukan sekadar hampir meranapkan karier politik Datuk Seri Anwar, bahkan keaiban yang sudah pasti mencemar nama baik dan maruah beliau serta keluarga.
"Secara sedar atau tidak, kezaliman yang terhasil dan implikasi pertuduhan yang melibatkan banyak pihak tentunya memberi kesan yang negatif kepada semua individu yang terbabit," ujarnya.
Beliau yang juga anggota Exco kerajaan Kelantan berkeyakinan penuh konspirasi terbaru yang terdesak itu tidak akan berjaya memandangkan rakyat dapat menilai sendiri.
Oleh itu kata beliau jaminan terbaik untuk memastikan keadilan ditegakkan dalam dakwaan itu Islam menetapkan empat saksi perlu dibawa bagi menyokong tuduhan dibuat.
"Penekanan terhadap soal keadilan dan soal memperhalusi setiap pertuduhan boleh membawa mereka yang menuduh diambil tindakan sekiranya tuduhan itu ternyata palsu.
"Peristiwa di mana lima Adun PAS Kelantan diculik pada 1964 seharusnya dijadikan peringatan dan saya pasti sikap rasional semua pihak dapat mengelakkan peristiwa seumpama itu berulang kembali," ujarnya.
Sementara itu, penganalisis politik berhujah isu itu kemungkinan besar dicetus bagi menenggelamkan banyak konflik membabitkan pemimpin kanan Umno termasuk akuan bersumpah blogers, Raja Petra Kamaruddin yang mendakwa pembabitan isteri Timbalan Perdana Menteri dalam kes Altantuya.
Selain itu, perpecahan dalaman Barisan Nasional (BN) di mana Parti Maju Sabah (SAPP) secara jelas menyatakan sudah tidak yakin lagi dengan kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
"Sepatutnya konspirator yang mencetus isu tersebut belajar sejarah kegagalan BN pada pilihan raya umum lalu dan 1999 kerana isu yang hampir sama dicetus hari ini.
"Kesilapan strategi ini akan menyebabkan kerajaan BN semakin cepat tumbang apabila rakyat tidak mampu lagi membendung kebencian mereka,". - mj _

Thursday, June 26, 2008

TIDUR MENGINGATKAN MATI

Manusia bukannya enjin, ia perlukan rehat. Enjin pun bekerja jika ada minyak atau elektrik, itupun enjin tidak kekal lama jika digerakkan tanpa henti.

Walaupun manusia mendapat makanan dan minuman mencukupi, mereka akan penat jika bekerja tanpa rehat. Justeru, cara terbaik ialah berehat atau tidur untuk memulihkan tenaga.

Selain itu, kita hendaklah insaf pintu taubat masih terbuka. Dan, ketahuilah tidur itu adalah pelajaran bagi yang hidup merasai setengah kematian. Melalui tidur, Tuhan mengajar kita mengingati kematian.

Melalui tidur, Tuhan mengajar kita hikmah mimpi. Dan, adab tidur juga Tuhan tunjukkan kita melalui Nabi. Betapa syumulnya Islam, membimbing hal yang kecil hingga perkara yang besar.

Berwuduklah sebelum tidur kerana Allah akan memelihara roh kita di sisi-Nya. Tetapi, jika tidur tanpa wuduk, Tuhan tidak akan memandang kita dan membiarkan jin dan syaitan mengganggu kita. Itulah kita sering dibuai mimpi kosong yang tidak berfaedah.

Tidurlah di atas rusuk kanan dan menghadap kiblat kerana ia satu cara wahyu diturunkan. Mimpi yang benar adalah mimpi diberkati Tuhan.Tidurlah apabila rasa mengantuk. Dengan tidur, anggota tubuh akan mendapat kerehatan dan tenaga akan pulih kembali. Usahlah tidur berlebih-lebihan kerana perbuatan itu akan mengakibatkan badan menjadi letih dan lesu.

Akal fikiran akan menjadi lemah.Jangan pula tidak tidur berpanjangan kerana dengan berbuat demikian kewarasan fikiran akan hilang. Tidurlah sekadar sebagaimana disyorkan Islam, ditunjukkan oleh Nabi s.a.w iaitu tidur sebelum Zuhur.Gunakanlah masa pada siang hari untuk menguruskan pentadbiran dunia.

Tidurlah sedikit pada waktu malam dan bangun memperhambakan diri dari tengah malam hingga ke pagi. Inilah contoh tidur yang ideal dan amalan manu sia-hamba yang mencari keredaan Tuhannya.Jauhkan diri kita daripada amalan tidur dua kali pada siang hari kerana amalan itu perbuatan syaitan. Hindarkan diri daripada tidur terlalu lama supaya tidak dikencing syaitan. Janganlah tidur siang menjadi kemestian kerana tabiat ini akan mengeruhkan wajah dan rezeki menjadi mahal.

Berusahalah menjaga adab tidur, elakkan menelentang, kaki bersilang atau tertiarap dan mengangkat punggung. Tutuplah aurat dan tidurlah di tempat yang terselamat daripada fitnah. Berlindunglah kepada Allah, insya-Allah diri kita akan mendapat berkat.Ingatlah masalah tidur sering dianggap remeh dalam hidup ini tetapi pada hakiktnya ia adalah jurang yang dalam yang berupaya mengakibatkan diri kita hidup tak terancang, hilang matlamat dan hilang punca.

Syaitan bersumpah dengan tiga perkara. Selagi makhluk Allah yang bernama manusia melakukannya, selagi itulah pintu kesesatan terbuka luas dan mudah bagi mereka mem perdayakannya. Tiga perkara itu ialah:

i. keinginan untuk makan
ii. keinginan terhadap perempuan
iii. keinginan untuk tidur
Selama mana ketiga-tiga keinginan ini terus subur dalam diri manusia, selagi itulah tidak ada kegagalan untuk syaitan menyesatkan manusia.

LAMBAT 30 MINIT

Satu hari ada tiga worang ni naik Big Ben Tower yang kat London tu.

Bila dah sampai kat atas diorang rasa tersangat lah boringnya... so diorang buatlah satu pertandingan... diorang kena campak jam tangan ke bawah dan sambut. Sapa sempat dikira menang lah.

So org pertama campak jam dia keluar tingkap. Baru dua anak tangga dia turun, jam dia pecah berderai !!!

Org kedua pun cuba plak... dia campak jam dia dan baru dia nak angkat kaki, jam dia dah pecah berderai... orang ketiga plak...
Dia campak jam dia, dia turun tangga Big Ben tu, beli surat khabar, pastu beli burger, pastu dia duduk lepak-lepak kat bangku. Lepas tu dia sambut jam dia dan naik atas semula...

Yang dua orang tadi punyalah pelik+heran+ajaib singh ... diorang punnn tanya ... "eh! camana kau boleh sempat sambut haa ? Siap boleh baca paper la, beli burger la... ??"Nak tau apa org ketiga tu jawab? "Oh, jam aku lambat 30 minit!"

"PPP" cutter

Ada tiga orang pemuda sedang menghadiri temuduga. Si penemuduga pula merupakan lelaki Inggeris yang langsung tak faham Bahasa Melayu. Oleh itu, khidmat penterjermah terpaksa diperlukan. Masuk lah lelaki pertama.

L.Inggeris: What's ur name?
Abu: My name is Abu Bakar bin Ali.
L.Inggeris: What is ur father occupation?
Abu: My father is a wood cutter.

Lelaki Inggeris itu memandang si penterjermah.
Penterjermah cepat2 menjawab.Penterjermah: It's mean that his father is a carpenter.
L.Inggeris: Ok, U may go now

Maka keluarlah lelaki pertama tu dan masuklah lelaki kedua.

L.Inggeris: What's ur name?
Ismail: My name is Ismail bin Ishak.
L.Inggeris: What's is ur father occupation?
Ismail: He is a meat cutter.
Penterjermah: His father is a butcher.
L.Inggeris: I see. U can go now.

Lelaki kedua keluar kemudian lelaki ketiga pulak masuk.

L.Inggeris:Tell me what is your name?
Karim: My name is Ahmad Karim bin Ahmad Kassim.
L.Inggeris: What's is your father occupation?
Karim: My father is a..... 'pppp' cutter. ( Teragak-agak nak jawab)
Lelaki Inggeris dan penterjermah berpandangan sesama sendiri. Tak faham agaknya.
L.Inggeris: What did u say?
Karim: I said my father is a 'pppp" cutter. (Dlm hati, kenapa lah bapak aku pilih pekerjaan yang susah nak disebut)
Penterjermah: Awak cakap lah dalam bahasa Melayu.
Karim: Bapak saya Tok Mudim
L.Inggeris: What is it mean?
Penterjermah:Oh. His father is a..... 'pppp' cutter.Lelaki Inggeris tu pula dah mula nak bengang.
L.Inggeris: I know the word 'cutter', but I don't understand what's 'pppp' mean?!!...
Penterjermah itu menunjukkan objek yang dipotong dan sekaligus menyebabkan lelaki Inggeris ketakutan dan bangun melarikan diri.

LEWAT PUNYER PASAL!!!!

Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. pada suatu malam si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, " ayang,period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kitakena gi check kat doktor."

Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gembira ini sehingga ianya benar2 pasti.

Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakkan dalam pembayaran bil elektrik rumah mereka. PegawaiTNB tu pun berkata " ini rumah En. Mahpus ker?" "iya, saya ni isterinya.ada apa encik"

Pegawai TNB tu pun berkata, " Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah takboleh tunggu ni, nanti boss saya marah."Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB tu."

APA??? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni sebulan lewat???"Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab " ala puan, ni kan zaman IT,semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online"

Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut."APAAA????Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu??? "Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan" Relek puan, puan ni baru lewat sebulan, ada yg lagi teruk, lewat 5-6 bulan"

Si isteri yg terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata,nanti saya bincang dengan suami saya..lalau pegawai TNB tu pun beredar dari situ..Keesokkan harinya, selepas si Mahphus ini di beritahu oleh isterinya, diapun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yg berdekatan..

Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yg ramai di situ, dia pun memekik seraya berkata "Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh2 ke dalam internet. awak ni semua yg berkeluarga tak pernah lewatsebulan kerrrr????!! bisness apa korang buat niii?? nak kena saman kerr???

Lalu pegawai yg datang kerumah si Mahphus ni berdiri dan mententeramkankeadaan. "sabar encik, sabar encik. apa susah, kalau cik nak settlekan perkara ni, bayar je..." kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si mahphus naik berang.

"APAAA?? nak bayar korang? belahhhh lahh...."Lalu pegawai TNB tu pun cakap " kalau macam tu, Kita terpaksa potong encikpunya....... ...."

Si Mahpus mencelah " apa??? potong??? abih tu isteri saya di rumah nak pakaiapaaaaaa???Pegawai TNB tu pun cakap " nampak gayanye..ISTERI ENCIK KENA PAKAI LILINA JERRR LAAAAAAAA"???????????? ???????.. ......... ......... .