Friday, November 27, 2009

RAKAN2 SEKOLAH


Berdiri dari kiri : Mr N,Intan,Noli,Yati,Miza,Shikin,Zamie
Duduk dari kiri : AMoi,Dzin,Syidah,Pda,Diana




Thursday, November 26, 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU - AIN & PASANGAN








Selamat Pengantin Baru Kami Ucapkan,

Itulah Impian Setiap Insan,

Dijodohkan Bersama Insan Pilihan,

Bersama-Sama Menyemai Kebahagiaan

.................................................................

Moga Kekal Ke Akhir Hayat

D80 - 3 VERSION

Original

D80 - Bnw

D80 - BnW + Oil Paint

Thursday, November 5, 2009

3 NOVEMBER 2009....PERGINYA INSAN BERGELAR ATUK

Tanggal 3/11/1986 lahirlah seorang insan yg di beri nama MOHD HIZAMI BIN ZAINAL ABIDIN.....Selama 22 tahun menyambutnya dengan penuh kesyukuran dan penuh kegembiraan...

Tetapi bila sahaja usiaku genap 23 tahun...

Satu kegembiraan telah di tarik oleh YANG MAHA KUASA.....Perginya seorang insan yang bgelar atuk......Tepat jam 7.10 malam 3/11/2009,arwah menarik nafasnya yang terakhir....Hilanglah panggilan yg akan memanggil nama abah/atuk....tetapi ingatan padanya tetap akan di ingat sampai bila2.....Satu tamparan hebat,tetapi inilah yang di namakan Qada dan Qadar.....Sebagai manusia,ak perlu redha dengan ketentuan ILLAHI.....Semoga Rohnya di Rahmati dan di tempatkan dikalangan orang2 yang beriman....Amin

AL-FATIHAH...

Monday, October 19, 2009

MENGIMBAU KENANGAN LALU....


Errmmm......gambar yg menarik untuk di kenang....mengingatkn memori silam bersama kawan2 ketika sesi penggambaran untuk kelas Darjah 1...lbh kurang 17 tahun yg lalu...semuanya cute2 belaka.....
Carilah di manakah MOHD HIZAMI BIN ZAINAL ABIDIN....
p/s : tq pada ameeza yusof sbb upload gmbr ni....

Tuesday, October 6, 2009

ZIKIR MUNAJAT - UST BADRUL AMIN


Sesungguhnya berzikir (mengingati Allah) itu adalah satu ibadat yang mulia dan utama dan amat besar faedahnya yang akan diperolehi.


1. Firman Allah dalam surah Al-Baurah Ayat 152 yang bermaksud:


"Maka berzikirlah (ingatlah) kamu kepada ku, nescaya aku mengingati kamu sekalian dan bersyukurlah kepadaku dan janganlah kamu mengkufuriku."


2. Firman Allah dalam surah Al-Ahzab ayat 41-42 yang bermaksud:


"Wahai orang yang beriman berzikirlah (ingatlah) kepada Allah sebanyak-banyaknya dan bertasbihlah kepadanya setiap pagi dan petang."


3. Firman Allah dalam surah Al-Ra'du ayat 28 yang bermaksud:


"Orang yang beriman itu hati mereka menjadi tenteram kerana berzikir (mengingati) kepada Allah, ingatlah bahawa dengan berzikir kepada Allah hati akan menjadi tenteram.


KELEBIHAN ZIKIR MUNAJAT


1. Zikir yang paling utama dan tinggi darjatnya ialah "La-ilahaillallah" ertinya "Tiada Tuhan Yang Sebenarnya Melainkan Allah". Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Zikir yang paling utama ialah "La-ilahaillallah" dan doa yang mulia ialah "Al-Hamdulillah".


2. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Perbaharuilah Iman kamu !!!. Para sahabat bertanya bagaimana caranya memperbaharui Iman kami? Jawab Baginda, perbanyakkanlah ucapan "La-ilahaillallah".


3. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Ucapan Subhanallah itu memenuhi setengah mizan (timbangan) dan ucapan Al-Hamdulillah memenuhinya dan "La-ilahaillallah" tiada dinding antaranya dengan Allah s.w.t.


4. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Barang siapa mengucapkan "La-ilahaillallah" tujuh puluh ribu kali, maka sesungguhnya ia telah menebuskan dirinya daripada Allah s.w.t."


5. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Siapa yang mengucapkan "Subhanallahi Wabihamdihi" sekali, akan ditanamkan baginya satu pohon di syurga jika mengucapkannya seratus kali dicatatkan baginya seribu kebajikan dan digugurkan daripadanya seribu kali kejahatan."


Friday, August 28, 2009

Wednesday, July 8, 2009

AKHIRNYA......KABINET LULUS MATEMATIK , SAINS DALAM BAHASA MELAYU

Kabinet lulus Matematik, Sains dalam Bahasa Melayu

PUTRAJAYA: Kabinet hari ini meluluskan pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah kebangsaan dan menengah dilaksanakan dalam Bahasa Melayu berkuatkuasa pada 2012. Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pelaksanaannya bermula berperingkat mulai 2012 bagi Tahun Satu dan Tahun Empat, Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat. Beliau berkata, bagi Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil, pengajaran dan pembelajaran dua subjek itu akan dilaksanakan dalam bahasa ibunda masing-masing.

Serentak itu, katanya, kerajaan memutuskan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan perlu dimantapkan lagi. “Pelaksanaan keputusan Kabinet bagi pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik ini akan berkuatkuasa pada 2012. “Ia bermula secara berperingkat dan perubahan ini tidak membabitkan tingkatan enam dan matrikulasi,” katanya pada sidang media khas bagi mengumumkan keputusan Kabinet itu di sini.

Bagi memastikan pelaksanaannya tidak menjejaskan pencapaian murid yang sedang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), Muhyiddin berkata, pengajaran dan peperiksaan kedua-dua mata pelajaran terbabit akan dilaksanakan dalam dwi bahasa sehingga kumpulan terakhir PPSMI tamat pada 2014. Beliau berkata, kerajaan mengambil keputusan itu selepas meneliti secara terperinci hasil kajian dan pemantauan berhubung PPSMI, sama ada yang dilaksanakan Kementerian Pelajaran atau badan bebas sejak dasar terbabit mula diperkenalkan pada 2003. Katanya, hasil kajian itu menunjukkan dasar itu tidak pernah dilaksanakan seperti yang dihasratkan. “Apa yang dilaksanakan ialah PPSMI/BM, di mana guru mengajar pelajaran Sains dan matematik dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu,” katanya.