Monday, August 9, 2010

MANCHESTER UNITED JUARA PIALA PERISAI KOMUNITI 2010


WEMBLEY, England – Manchester United memulakan saingan musim baru Liga Perdana England dengan penuh bergaya.

Semalam, skuad bimbingan Alex Ferguson itu menjuarai Piala Perisai Komuniti selepas menewaskan juara bertahan, Chelsea 3-1 di Stadium Wembley.

Jaringan Antonio Valencia pada minit ke-41, Javier Hernandez (76) dan Dimitar Berbatov (90) sudah cukup memberikan United langkah kanan dalam misi mereka kali ini.

Begitupun, Chelsea tidak mudah mengaku kalah dan cuba memberi tentangan yang hebat tetapi memperoleh gol sagu hati menerusi Salomon Kalou pada minit ke-83.

Lebih manis, kejayaan The Red Devils ini juga dilihat sebagai amaran awal mereka dalam misi mereka merampas semula gelaran Liga Perdana England daripada The Blues.

Pertembungan dua pencabar utama itu semalam banyak didominasi oleh United yang menurunkan dua pemain baru, Hernandez dan pertahanan Chris Smalling.

Manakala Chelsea yang merupakan juara berganda selepas memenangi gelaran liga dan Piala FA dilihat gagal mencari rentak meskipun menggunakan khidmat bekas perancang Liverpool, Yossi Benayoun dan penyerang Ivory Coast, Didier Drogba.

Ini adalah kali ketiga dalam masa empat tahun United berjaya menjulang gelaran Piala Komuniti selepas tahun 2007 dan 2008.

Kekalahan ini pula merupakan tamparan baru buat pengurus The Blues, Carlo Ancelotti dalam misi mempertahan kejuaraan menjelang aksi pembuka musim 2010/11 pada Sabtu ini.

Sumber : KOSMO

Thursday, February 11, 2010

MUTIARA KATA

SEDIKIT MUTIARA BERHARGA UNTUK DIKONGSI dengan sahabat2..sama2 mengambil iktibar..

Siapakah orang yang sibuk?
~Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s..~...

Siapakah orang yang manis senyumanya?
~Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata
"Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.~"
Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

~Siapakah orang yang kaya?
~Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

~Siapakah orang yang miskin?
~Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

~Siapakah orang yang rugi?
~Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

~Siapakah orang yang paling cantik?
~Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

~RENUNGKANLAH!!!!!!!!!!!!!!

%%%%%%% Ingat pesan Rasul junjungan %%%%%%
Akhlak yang mulia sangat istimewa sebagai perhiasan diri serta menjadi bunga2 yang mekar dalam diri manusia.semua sukakan sifat2 mahmudah..InsyaAllah..Tundukkanlah hati2 kita kepada Yang Maha Esa..InsyaAllah..Sifat2 mahmudah:selawat,zikir,sabar,syukur,kasih sayang,memaafkan,redha,adil,amanah,senyum,bertegur sapa serta memberi salam dan banyak lagi..Hanya Allah yang Maha Agung..Dia Maha Pengasih serta Penyayang kepada semua makhluknya....Wallahua'lam..wassalam

Wednesday, February 10, 2010

CINTA SI BURUNG...

Burung betina ini tercedera setelah di langgar kenderaan


Terbang Si Jantan memberi bantuan

"Akhirnya...Si betina mati meninggalkan kekasihnya"

Si Jantan menjerit meratap kesedihan

Si Jantan menyuruh Si Betina bangun

Selamat tinggal kekasihku....

Siapa kata haiwan tiada perasaan. Persitiwa yang dirakam ini jelas membuktikan bahawa si burung ini juga punya perasaan kasih sayang. Perasaan yang di anugerah oleh ALLAH kepada semua makhluk.

Friday, November 27, 2009

RAKAN2 SEKOLAH


Berdiri dari kiri : Mr N,Intan,Noli,Yati,Miza,Shikin,Zamie
Duduk dari kiri : AMoi,Dzin,Syidah,Pda,Diana




Thursday, November 26, 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU - AIN & PASANGAN








Selamat Pengantin Baru Kami Ucapkan,

Itulah Impian Setiap Insan,

Dijodohkan Bersama Insan Pilihan,

Bersama-Sama Menyemai Kebahagiaan

.................................................................

Moga Kekal Ke Akhir Hayat